Fresh Flower Online

Bunga Segar


Thursday, April 23, 2015

Caj Perkhidmatan 10% (Hotel & Restoren)

Salam.

Okay ikut sahaja mana yang baik.
Di samping itu boleh berjimat cermat.


Sumber : Kosmo 

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan bahawa industri perhotelan dan restoran boleh mengenakan caj perkhidmatan sekiranya premis berkenaan mempunya perjanjian bersama (CA) de­ngan pihak kesatuan atau perkara tersebut termaktub dalam kontrak perkhidmatan antara majikan dan pekerja.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sejajar dengan perkembangan itu, setiap premis yang mengenakan caj perkhidmatan wajib mempamerkan notis pemberitahuan berhubung pelaksa­naan caj tersebut di tempat yang mudah dilihat seperti di pintu masuk restoran bertujuan memberi maklumat kepada pengguna sekali gus membolehkan mereka membuat pilihan.
Beliau berkata, keputusan berhubung pelaksanaan caj itu dimuktamadkan selepas perbincangan bersama pihak kesatuan serta persatuan restoran dan hotel, pertubuhan bukan kerajaan, persatuan pengguna dan agensi kerajaan pada Isnin lalu.

0 Komen:

NOTE: All the credits goes to the orig
Copyright © EnnLaw | Floating Leaves template designed by ennyLaw | eLaw's Design