Ada Masalah Hidup Lebih Seronok

Friday, May 29, 2015

Salam.


Ada orang harap hidupnya berjalan tanpa masalah.
Mungkin dia tak sebut dengan perkataan. Tapi segala rungutannya seolah-olah dia mahu hidup senang- lenang tanpa ada masalah.
Orang yang makan gaji akan merungut seribu satu masalah yang dia hadapi. Begitu juga orang yang tak ada kerja, menganggur akan merungut seribu satu masalah yang dia hadapi. Malah orang yang berniaga juga merungut seribu satu masalah yang membebankan perniagaannya.
Jika kita punya kenalan yang ramai yang terdiri daripada berbagai lapisan masyarakat, kecil besar tua muda, berniaga, makan gaji atau duduk saja, semuanya punya masalah masing-masing.
Tidak akan berlaku dalam hidup segalanya berjalan lancar tanpa adanya masalah. Bahkan, bila tak ada masalah, kita akan bergerak tanpa disedari untuk mencari masalah.

Kenapa perlu ada masalah hidup

Sejak saya kanak-kanak sebelum masuk sekolah lagi, saya suka main bolasepak. Bila masuk sekolah rendah, saya sambung kegemaran main bolasepak.
Bila masuk darjah 5 dan darjah 6, saya wakil sekolah untuk pasukan bolasepak. Begitu juga bila naik sekolah menengah, saya terus main bolasepak, wakil sekolah juga ketika di sekolah menengah.
Bila habis sekolah, saya terus main bolasepak dengan team kampung. Bila pergi Perancis, saya teruskan juga aktiviti main bolasepak. Bila balik dari Perancis, masih terus main bolasepak.
Ringkasnya, masa yang dihabiskan sepanjang hidup dari kecil sampai besar, agak ketara juga diperuntukkan untuk main bolasepak. Sebab itu saya sering ambil permainan bolasepak sebagai perumpamaan yang mudah untuk disampaikan.
Bagi anda yang main bolasepak, atau permainan sukan lain, tentu tahu bahawa dalam permainan sukan, apa saja jenis sukan, dipenuhi dengan berbagai masalah.
Tetapi kita tak pernah sebut langsung apa yang dihadapi ketika bermain atau bersukan, sebagai satu masalah.
Apa yang sering kita cerita adalah cabaran dan keseronokan. Malah permainan bolasepak atau apa-apa saja jenis sukan yang kita suka mampu menjadi satu ketagihan.

Main bolasepak sentiasa ada masalah

Antara masalah ketika bermain bolasepak adalah segala kekangan undang-undang yang ada dalam permainan tersebut.
Bukan boleh buat ikut suka hati. Pegang bola sorokkan dalam baju dan bawa lari sampai depan gol lawan.
Selain daripada kekangan undang-undang, pemain lawan tidak ada kerja lain, selain dari menimbulkan masalah pada kita.
Bila kita hentikan saja bola pada kaki, ada saja yang akan datang nak kacau cuba ambil bola.
Kekadang, kalau tak ada pemain lawan yang datangpun, kita biasa juga tertiarap sendiri makan rumput tanpa adanya angin dan ribut.
Dalam keadaan itu, kita tak pernah sebut itu semua sebagai satu masalah. Malah kita sentiasa berusaha untuk mengatasinya dengan berbagai cara.
Itulah keseronokkan yang kita perolehi dalam permainan bolasepak dan juga dalam apa-apa sukan lain.
Setiap masalah adalah satu cabaran yang seronok untuk diselesaikan. Tak boleh hari ni, lain kali akan kita cuba lagi tanpa ada rasa serik.

Main bolasepak tanpa ada masalah

Cuba anda bayangkan ketika bermain bolasepak dengan satu pasukan lawan.
Kesemua kesebelasan pemain lawan hanya berdiri terpacak dan membiarkan saja anda bawa bola dengan apa gaya sekalipun.
Mereka hanya lihat saja samada anda merangkak atau bertongkat, atau mengheret bola dengan kepala dari bawah ke gol lawan.
Dan penjaga gol pula hanya berdiri tak buat apa-apa.
Anda dibiarkan begitu saja menyumbat bola dengan apa saja gaya yang seronok anda lakukan.
Anda menjerit dengan kuat GOOOOOOL sebaik saja bola disumbat masuk ke dalam jaring.
Selepas itu bola di bawa ketengah dan permainan dimulakan semula.
Pihak lawan berikan bola sekali lagi pada anda dan mereka ulang macam tadi juga. Berdiri buat tak tahu untuk biarkan apa saja aksi yang nak anda nak lakukan.
Saya yakin jika anda masih meneruskan permainan itu macam tak ada apa-apa yang berlaku, anda tentu ada sedikit masalah pada jiwa.
Secara normalnya, semua orang yang mengalami permainan bolasepak sedemikian akan berhenti dan timbul pertanyaan kenapa semua buat tak tahu?.
Buat apa teruskan permainan dalam keadaan begitu… tentu itu yang akan anda fikirkan.
Malah sedih mak ooi! kalau orang buat begitu kat kita !
Betul tak?

Ada masalah baru seronok

Itulah perumpamaan jika anda buat sesuatu tanpa ada masalah.
Tidak ada nikmat langsung dalam keadaan sebegitu.
Sekarang cuba fikirkan segala kekangan yang sedang anda hadapi. Tak kisah samada makan gaji, berniaga atau duduk saja.
Anggap saja semua kekangan tersebut adalah sumber untuk menjadikan hidup anda lebih bermakna.
Anda hanya perlu selesaikannya sekadar yang mampu dengan cara terbaik yang boleh.
Jika tewas, jangan putus asa.
Fikirkan kenapa dan buat analisa, cari jalan sampai ianya dapat diselesaikan.
Ingat! segala kekangan, halangan dan seumpamanya yang kelihatan macam sengaja nak bantutkan anda dari maju ke depan itu adalah untuk membuatkan apa saja yang anda lakukan menjadi lebih bermakna.
Sepatutnya, jika anda langsung tak ada masalah, anda wajib bersedih sesedihnya.
Hakikatnya orang yang tak ada masalah adalah orang yang tidak diperdulikan oleh sesiapa… nak ke jadi macam tu?

Sumber : Hidup Ringkas

Ayat Begitu Mendalam Kauuu !!

Thursday, May 28, 2015

Salam.

Suka betul ayat ini. hahaha







Jangan Takut Anakku

Salam.

Untuk Rayyan dan adiknya pada masa hadapan.

Masa ini Rayyan seronok bermain untuk perkembangan otak.
Sampai tak nak balik. T________T
Next time ye nak, offer masih banyak lagi :)
Groupon hari-hari banyak offer. (Gila aku tengoknya)

We'll always by your side...

***************************************

Sumber : Ummiummi.com

Jangan takut anakku...
Setan itu lemah
Sama seperti kita yang lemah
Maka mintalah perlindungan kepada yang Maha Kuat...Allah

Jangan takut anakku...
Jika was-was tetap ada dalam hatimu...
Baca saja surat pendek yang telah ibu ajarkan untukmu
Surat An-Naas dan Surat Al-Falaq
Dua surat ini disebut surat Mu'awadzatain
Masih kau ingat isinya bukan?

Kita meminta perlindungan...
kepada Rabb manusia...
Raja Manusia..
Sesembahan manusia
Berlindung dari kejahatan setan...
Berlindung dari keburukan dari kegelapan malam
Berlindung dari tukang sihir
Berlindung dari kejahatan makhluk...baik dari manusia dan jin
Karena kejahatan bukan hanya dari setan wahai anakku..

Jangan takut anakku...
Jadilah manusia pemberani...
Seperti sahabat yang sangat dicintai nabi shallallahu'alaihi wa sallam,
yaitu Umar bin Khattab radhiallahu 'anhu
Setan akan mencari jalan lain agar tidak bertemu dengan Umar bi Khattab radiallahu 'anhu

Jangan takut anakku...
Yang diperintah Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam untuk menghancurkan berhala 'Uzza
Tanpa takut, ia  menusuk dan memusnahkan setan yang berwujud wanita berambut panjang yang bercokol di berhala tersebut...
Betapa gagah dan pemberaninya para sahabat Nabi kita shallallahu 'alaihi wa sallam...

Jangan takut anakku..
Semoga Allah selalu melindungimu...
Karena Ayah dan Ibu..selalu mendoakanmu dengan doa perlindungan...
Agar kau terhindar dari setan..
Terhindar dari bahaya binatang buas
dan dari keburukan pandangan mata yang jahat

Jangan takut anakku...
insyaAllah tak akan ada yang membahayakanmu...
Jangan lupakan dzikir yang Ayah dan Ibu ajarkan untukmu..
Agar kau baca di pagi dan petang...

Jangan takut anakku...
Semoga Allah melindungimu selalu...

Pasangan Muda Disolek Seperti Umur 90-an Dan Cinta Mereka Diuji

Wednesday, May 27, 2015

Salam.


Apabila menonton video ini emosi sedikit.

Adakah cinta terus berkekalan atau hingga pertengahan jalan?

Hargai waktu bersama.

Tiada yang sempurna melainkan bersyukur dan saling melengkapi.

InsyaAllah bahagia hingga ke syurga. Amin

******************************************************

Pasangan muda Tavis dan Kristie yang berumur 20-an, disolek oleh jurusolek professional sehingga menampakkan umur mereka 90-an. Terdapat 3 kali sesi solekan dimana setiap sesi umur mereka “ditambah” 20 tahun, menjadikan mereka “berumur” dari 20-an ke 90-an.
Aktiviti yang simple ini membuka minda dan hati kita terhadap hubungan suami isteri, bukan sekarang, tetapi jauh kehadapan. Apa pun kriteria anda memilih pasangan anda, yang pasti kedua-dua sama-sama semakin tua. Jika yang suami tak suka wajah isteri yang semakin berkedut, jangan lupa yang suami pun berkedut juga. Hati budi masing-masing jugalah yang mampu membuatkan hubungan suami isteri bertahan lama.
Saksikan video dibawah kagumilah jika melihat pasangan tua yang masih bahagia diluar sana.

When Your Kids Are Born....

Tuesday, May 26, 2015


Salam.

Good idea untuk kongsi bersama.
Nanti bila anak-anak sudah besar boleh baca blog Umi.
Walau merapu sekalipun baca je lah. 

Bukan semua orang suka kita.
Bukan semua orang tak suka kita.

Jadi diri sendiri sudahlah.

So Soon

Monday, May 25, 2015

By Maher Zain

Every time I close my eyes I see you in front of meI still can hear your voice calling out my name And I remember all the stories you told meI miss the time you were around (x2)But I'm so grateful for every moment I spent with you'Cause I know life won't last forever

Chorus:You went so soon, so soonYou left so soon, so soonI have to move on 'cause I know it's been too longI've got to stop the tears, keep my faith and be strongI'll try to take it all, even though it’s so hardI see you in my dreams but when I wake up you are goneGone so soon

Night and day, I still feel you are close to meAnd I remember you in every prayer that I makeEvery single day may you be shaded by His mercyBut life is not the same, and it will never be the sameBut I'm so thankful for every memory I shared with you'Cause I know this life is not forever

CHORUS

There were days when I had no strength to go onI felt so weak and I just couldn't help asking: “Why?”But I got through all the pain when I truly acceptedThat to God we all belong, and to Him we'll return, ooh

Amalkan : Doa Khusus Elak Rogol & Cabul

Friday, May 22, 2015

Salam.

Mari kita sama-sama amalkan.
Akan datang kita tidak tahu apa yang berlaku.
Keruntuhan akhlak makin teruk.

Semoga anak-anak dan keturunan kita dipelihara.

Amin

******************************

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Moga DiPelihara
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.  Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM 
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri. 
Fikirkanlah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

Thursday, May 21, 2015

Salam.

Orang sudah lama mendengar lagu ini.
Aku yang lambat hahaha

#selfreminder 

Humood AlKhudher



لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم

Ketika ingin bersaing dengan yang lain,
aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain
hanya untuk berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan,
kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini
di dalam hati ia bersinar.

لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.

كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri
pasti ia akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka
tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka

إلا بما يرضيني، كي أرضيني
melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
Aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri
inilah aku

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
Hal ini kurasakan sudah cukup
dan aku sangat pasti

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku
aku tidak perlukan orang lain menerimaku

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
Aku akan jadi apa yang aku suka
kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?

Siapa Nak Free Voucher RM 30 - Taken

Salam.



Nak bagi voucher percuma yang bernilai RM 30.

Syarat :
1) Ada kad AEON Big (Pinjam kawan korang time beli pun xpe)
2) Anak yang minum susu Mamil Learning 1.5 kg atau
3) Anak yang minum susu Mamil Active 1.5 kg.

Mana-mana yang berminat, pm / komen dengan segera ya.
Nanti boleh send original voucher itu.

Ada 1 voucher sahaja.
Validity until 30th June 2015 

Thanks

TAKEN - SORRY

Mahligai Cinta



Dua hati itu kini bersatu dalam mahligai cinta. Dalam ikatan suci yang Allah telah menghalalkan antara keduanya. Keduanya telah ikhlas untuk menjadi pendamping hidup satu sama lain. Ikatan itu telah menyempurnakan sebagian agama.
Bukan ikatan yang terlarang tanpa status dan ketidakpastian, yang bisa mendorong ke dalam jurang kemaksiatan. Tak ada ikatan sebelumnya, hanya berawal dari selembar kertas yang namanya biodata dan di bawa oleh sang perantara. Ta'aruf adalah langkah selanjutnya, untuk saling mengenal antara keduanya. Bukan berdua-duaan, apalagi bersepi sepian di taman.
Ketika Allah telah memberikan kecondongan hati keduanya maka bersegera melangkah untuk meminang, melamar dan menikah. Dengan berbekal ilmu syar'i tentang adab adab sebelum dan setelah pernikahan yang harus dipahami keduanya.
Ada sebuah cerita dari sepasang muda-mudi yang kini telah menjadi sepasang suami istri, ketika sang pemuda meminang sang pemudi menjawab dengan basmalah dan pemuda pun mengucap hamdalah.
Tak butuh waktu berbulan-bulan apalagi bertahun-tahun untuk saling mengenal. Tak ada kata pacaran, tak ada juga kata cinta-cintaan.
Cinta adalah sebuah rasa yang bisa ditumbuhkan dan dibina dalam kehidupan rumah tangga. Tapi cinta adalah rasa yang bisa pudar bahkan sirna, jika tak pandai memupuk dan merawatnya.
Rasa cinta yang lahir karena harta, jabatan, dan paras yang menawan sewaktu waktu bisa sirna. Jabatan bisa saja lepas dari genggaman, harta bisa saja hilang atau pun berkurang, dan paras yang menawan bisa luntur seiring berjalannya waktu dan bertambahnya usia. Akan tetapi, cinta sejati nan abadi bisa diraih jika lahir dari keimanan, ketakwaan, amal salih, dan akhlak yang mulia. Meski raga telah renta atau ajal memisahkan mereka.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda (yang artinya), "Tiga hal, bila ketiganya ada pada diri seseorang, niscaya ia merasakan betapa manisnya iman: bila Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dibandingkan selain keduanya, ia mencintai seseorang, tidaklah ia mencintainya karena Allah, dan ia benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan dirinya, bagaikan kebenciannya bila hendak diceburkan ke dalam kobaran api." (HR. Bukhari dan Muslim)
Jika cinta hadir dikarenakan iman dan akhlak yang mulia semoga segala kekurangan yang ada pada diri pasangan akan tertutupi. Semoga rumah tangga yang dibina mampu menciptakan ketenangan, ketenteraman, cinta dan kasih sayang, serta melahirkan keturunan yang senantiasa patuh dan taat kepada Allah dan bisa mendoakan kedua orang tuanya.
Wallahu a'lam bish shawab.

Sumber : UmmiUmmi.com

Fakta Mengejutkan Tentang Pedofilia Yang Wajib Diketahui Oleh Ibu Bapa Di Malaysia

Wednesday, May 20, 2015

Salam.

Ilmu untuk ibu bapa di luar sana.
Sentiasa berwasapada dan tambahkan ilmu untuk masa depan anak-anak.

Banyak perkara yang tidak diingini berlaku pada masa sekarang.

Semoga anak-anak semua dalam keadaan baik.

Sumber : Says.com
  •   Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kes seorang pelajar, Fitri Azmeer Nordin yang disabit bersalah kerana memiliki gambar dan video pornografi kanak-kanak

  • Sejauh mana anda tahu apa itu pedofilia?

    • Seorang pakar seksologi di University of Toronto, Dr. Ray Blanchard berpendapat bahawa pedofilia adalah satu orientasi seksual dimana seseorang itu mempunyai nafsu seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun

      • Pedofilia dijelaskan sebagai keinginan seseorang untuk memenuhi nafsu seksual dengan melibatkan kanak-kanak. Sering kali pedofilia datang daripada golongan lelaki dewasa yang tertarik dengan kanak-kanak lelaki mahupun perempuan secara seksual. 

        Meskipun seseorang itu hanya mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak, walaupun tanpa menyentuh mereka, dia masih dianggap sebagai pedofilia.

         says.com
    • Menurut Persatuan Psikiatri Amerika (APA), sifat mempunyai nafsu terhadap kanak-kanak atau pedofilia adalah sejenis penyakit mental

      • "Pedofilia merupakan gangguan pedophilic iaitu tarikan seksual seseorang terhadap kanak-kanak. Ia menyebabkan mereka rasa bersalah, bimbang, terasing, atau mempunyai kesukaran dalam mengejar matlamat peribadi yang lain," kata Dr. Blanchard.
         says.com
    • Bagaimana pedofilia berkait dengan kes penculikan dan rogol kanak-kanak?

      • Terdapat banyak kes culik dan kanak-kanak dirogol di Malaysia. Walau bagaimanapun, ramai yang masih tidak menyedari bahawa kes-kes ini berkait rapat dengan pedofilia.

      • Salah satu kes yang berlaku pada tahun 2007 menyentuh jiwa seluruh rakyat Malaysia adalah kisah Nurin Jazlin yang ditemui maut dalam keadaan yang sangat menyayat hati

        • Bedah siasat mayat mangsa mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektum mangsa pecah hingga dijangkiti bakteria antara faktor yang menyumbang kepada kematian menyayatkan kanak-kanak itu.
      • Berapa banyak kes kehilangan kanak-kanak yang berlaku di Malaysia?

        • Mengikut statistik ibu pejabat polis Bukit Aman, terdapat 4,998 kes individu yang dilaporkan hilang pada tahun 2013 dan hanya 2,382 orang berjaya ditemui semula

          • Sementara itu, 45 peratus daripada kes orang hilang membabitkan remaja dan kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah.
        • Jadi, apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk melindungi anak-anak mereka daripada menjadi mangsa pedofilia?

          • Ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak melakukan perkara yang boleh menarik perhatian pedofilia terutama sekali di laman sosial

            • Sebuah akaun Facebook milik 'Biru Laut' telah berkongsi beberapa panduan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti:

              1) Tidak post gambar anak-anak tidak berpakaian atau berpakaian tidak sopansama ada anak lelaki mahupun perempuan.

              2) Jangan sesekali memberitahu atau post lokasi sekolah atau kawasan beradanya anak anda di laman sosial

              3) Latih anak-anak untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja menyentuh kemaluannya.

              4) Pakaikan anak-anak pakaian yang tidak begitu menonjol dan sopan.

              5) Berikan perhatian sekiranya anak-anak tidak berasa selesa atau takut berada dekat dengan seseorang dan jika mereka menjadi murung apabila mendekati seseorang.

              6) Membiarkan anak-anak terutama sekali yang berumur 13 tahun ke bawah pergi kemana-mana keseorangan diri atau tanpa pengawasan orang dewasa yang dipercayai.

              7) Jangan membiasakan anak-anak duduk di atas riba sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi seorang lelaki.

               says.com
          • Apakah kesan yang dialami oleh kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada serangan seksual?

            • Kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan seksual mungkin akan mengalami trauma seumur hidup mereka

              • Perkara ini turut boleh membawa kepada kemurungan, kebimbangan, masalah pemakanan dan tidak mempunyai keyakinan diri di kalangan kanak-kanak dan impak daripada yang dialami amatlah besar. 

                Menurut Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Dr. Mariani Mohd. Nor peristiwa seperti ini akan meninggalkan kesan perasaan seperti takut kepada kanak-kanak tersebut. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memberi perhatian penuh terhadap anak-anak mereka.

            • Kami menyeru ibu bapa untuk mengambil perhatian terhadap kes yang berkaitan dengan pedofilia kerana ia adalah kes serius!

              • Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti seorang kanak-kanak itu menjadi mangsa pedofilia, hubungi Talian Nur 15999 untuk mendapatkan bantuan.

               
              FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS