Betapa Susahnya Menjadi Bapa Jadi Beliau Tukar Polisi Syarikat Menjadi Menarik

Wednesday, June 17, 2015

Salam.
Untuk bacaan bersama...

Siapa yang tak nak apabila syarikat memberi cuti bergaji selama setahun?

Antara syarikat yang biasa dilabel sebagai ‘mesra ibu bapa’ ialah Facebook dan Google. Dan kini syarikat Virgin Group juga mengikuti jejak langkah untuk menjadikan syarikat berkenaan lebih bertimbang rasa dengan mereka yang bergelar ibu bapa.

virgin-bagi-cuti-setahun-1

Jika sebelum ini hanya ibu yang diberi cuti bersalin, nampaknya bapa juga kini diberi kelebihan yang sama.

Isnin lalu, pengasas Virgin, Sir Richard Branson dan Ketua Pegawai Eksekutif Virgin Management, Josh Bayliss, mengumumkan polisi syarikat berkenaan untuk memberi cuti bergaji sehingga setahun kepada pekerja lelaki yang baru menimang cahaya mata.

virgin-bagi-cuti-setahun-2

“Ini mencerminkan ketelusan syarikat dalam mengambil kira hal-hal berkaitan kesihatan dan kesejahteraan pekerja-pekerja kami,” kata Bayliss.

Dalam polisi baru ini, pekerja yang berkhidmat dengan syarikat tersebut untuk tempoh kurang dua tahun akan menerima gaji sebanyak 25 peratus sepanjang tempoh bercuti, manakala mereka yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat tahun akan menerima gaji penuh.
Lebih menarik, polisi ini turut membabitkan mereka yang mengambil anak angkat.

virgin-bagi-cuti-setahun

“Jika anda menjaga pekerja anda dengan baik, mereka akan menjaga perniagaan anda dengan baik juga.

“Saya juga seorang bapa dan seorang datuk, saya faham bagaimana sibuk dan pentingnya tahun pertama sebagai ibu bapa. Kerana itu, kami di Virgin sangat berbesar hati untuk menghadiahkan polisi ini supaya pekerja-pekerja kami dapat menikmati saat-saat indah sebagai ibu bapa,” kata Branson.


Sumber : The Vocket

No comments:

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS