Fresh Flower Online

Bunga Segar


Tuesday, June 16, 2015

Bunuh Anak Takut Kebulur

Salam.

Takut dengan sikap manusia sekarang.
Semoga semua dijauhkan dari perkara-perkara tidak beretika ini.

Kenapa mahu bunuh anak?
Buat anak tahu kan?
Jika tidak mahu anak usah buang, berikan pada yang badan berkaitan.

Itu sebabnya penting ilmu keibubapaan dan ilmu rumah tangga dalam melayari kehidupan ini.
Pegangan agama kena teguh.
Belajar perlahan-lahan. Aku pun masih dalam proses pembelajaran.
Dimana ianya ada silap dan ada betul.

Anak itu amanah Allah dan jaga dengan baik.

Ada sahaja rezeki Allah bagi. 

Sesak-sesak pun, insyaAllah ada jalannya, lagi-lagi yang masih baru dalam berumah tangga.
Melainkan mewah dengan sendirinya tidak mengapalah kan.

Pendidikan pun penting dan ajari dahulu dari rumah.
Nak becok-becok biarlah didik dari rumah.
Senyap-senyap depan orang. miahahahahahahahahahaha

Kadang kesian ada orang susah, susah betul cari makan dan rezeki.
T_____________T

Sama-sama kita Jadi manusia dan ibubapa untuk mendidik anak dengan baik.

Tahniah semua !!

********************************

Lahore: Seorang bapa menjerut hingga mati tiga anak perempuannya kerana ‘tidak mahu membazirkan wang untuk pendidikan mereka.’

Irshad Ahmed membunuh ketiga-tiga anaknya, kembar Chashman dan Aman yang berusia tujuh tahun serta adik mereka, Fiza, 5, Ahad lalu. selepas menyuruh isterinya Shabana Naz menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka bersama satu-satunya anak lelaki mereka.

Shabana bagaimanapun, membawa anak perempuan bongsu mereka yang berusia dua tahun.

Apabila pulang ke rumahnya di bandar Chak Jumra, 135 kilometer ke barat daya Lahore, dia menemui mayat ketiga-tiga anak perempuannya terlantar di atas katil.

Ketika disoal siasat polis, wanita itu berkata suaminya sering merungut dengan berkata, anak perempuan mereka akan menyebabkan keluarganya mati kebulur.

********************************

Sebak rasanya anak yang dilahirkan dibuat sedemikian 
T_______T

1 Komen:

Sheila Adziz said...

sedihnya.... tak tahu nak fikir apa....

NOTE: All the credits goes to the orig
Copyright © EnnLaw | Floating Leaves template designed by ennyLaw | eLaw's Design