Fariza Mohon Maaf Ye Semua

Tuesday, June 9, 2015

Salam.


Selamat menyambut bulan Ramadan dan semoga amalan kita terus diberkati Allah.

Terima kasih pada yang telah memberi tunjuk ajar dan ilmu sepanjang kita kenal antara satu sama lain.
Terima kasih sebab berkongsi pengalaman jika ada benda yang ingin dicari.

Mana-mana yang usahakan perniagaan offline dan online teruskan perniagaan anda dengan lebih maju.

Apa-apa yang ditulis dalam blog ini usah terasa 100% ditujukan pada diri anda.
Kenapa mahu terasa? Orang yang tidak kenal pun boleh terasa?

Cuba anda blogwalking blog lain, tiba-tiba tulis post nasihat general, anda terasa walaupun pemilik blog itu kenal atau tidak anda.
So fikir positif ye. Semua manusia ramai kawan kan.

Ye. Kadang Fariza blogwalking entah siapa punya blog, terpampang post terbaru dan terasa sendiri oii even post itu bukan dituju untuk kita.
General malahan untuk umum je pun.

Fariza mohon maaf segala kesilapan dan kesalahan samada sengaja atau tidak untuk rakan yang mengenali hanya dari blog, rakan sekolah, rakan pejabat, silent reader, yang baca blog ini dan lain-lain.

Minta maaf awal-awal supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kelak.

Jika Fariza ada hutang dengan korang, sila maklumkan dengan segera ye. Tidak usah malu untuk minta hutang.
Kita hanya manusia biasa yang ada pelupanya haha.

Tidak pernah mahu anggap diri bajet bagus.
Post kt FB baik-baik pun peringatan sendiri. Manusia sendiri pun mudah lupa.

Memang tidak rajin nk scroll down. Sebab pemalas !! 1 kerja tak jadi nanti haha

Banyak silap bila dilakukan di dunia ini. Perbaikilah... 
Mematangkan lagi dan perbaiki diri untuk lebih baik....

Masing-masing ada pengalaman dari masalah dihadapi...
Bukan malaikat.... bukan perempuan lindungan bawah kaabah....

Kau manusia biasa yang takkan lari dari lakukan kesilapan...

Harap biarlah semuanya jelas.
Xperlu marah, sakit hati, bermusuh, sinis sana sini...

Biarlah aku balik semula dari 0 (kosong)....

Terima kasih...

No comments:

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS