Info : Cara nak tahu jika ada orang GUNA gambar anak anda

Monday, June 29, 2015

Salam.

Peringatan untuk kita semua.
Tq Salwa Saleh :)

************************************

Sumber : Salwa Saleh

Assalamualaikum wbt

Oh, saya sangat tak boleh tunggu utk publish entri kali ni. Saya ingatkan boleh tunggu esok tapi nampaknya tak boleh. Sangat penting kepada semua ibubapa utk alert dengan perkara ni.

Pagi tadi saya terbaca tentang kes Harith Iskander yang dapat tahu gambar anaknya telah di upload didalam website lucah. Baca disini: Harith Iskander jijik gambar anak sendiri di laman web lucah

Seram okeh

You'll never know sekarang ni semua golongan ada. Pedophile merata-rata bahkan tak mustahil di kalangan kawan-kawan kita sendiri.

Saya juga tak terlepas dalam update gambar-gambar anak walaupun hanya utk tatapan friend list sahaja. kadang-kadang akan upload juga di blog. Huuuuu

Oleh sebab tu, saya pun check la cara nak tahu jika gambar anak kita ni ada di tempat lain yang tak sesuai (nau'zubillah)

Oh, anda perlukan PC or laptop utk buat semakan ini. Dekat hp tk boleh unfortunately :(

Langkah 1: Pegi ke website Google dengan taip www.google.com dan klik di perkataan Image kat bucu kanan skrin anda tu






Langkah 2: Klik icon kamera yang ada di sebelah bar carian 


Langkah 3: Anda boleh pilih utk letak URL gambar yang anda nak check tu atau upload gambar tu.


Langkah 4: Anda boleh tahu siapa yang pakai gambar tu. Macam saya, saya test dengan gambar anak-anak alhamdulillah, ok setakat ini (harapnya terus ok). Bila test gambar Monkey Socks tu sampai 22 results! Hohohoh.
Test gambar anak-anak. 1 result keluar. Blog sendiri. Fuhh
Monkey yang glamour dah. Waaaaa

Jadinya,

Marilah kita sama-sama lebih berhati-hati di masa akan datang
Terutamanya gambar-gambar tidak cukup kain seperti tgh mandi ke, anak pakai diaper aje ke atau anak dok terkangkang ke.

We never know you know

Fuh

I hope this helps. If you happen to see something unfavourable, tolong lah report pada polis ke, suruhanjaya multimedia dan sebanyak mana yang boleh di report supaya web-web ini dapat DILUPUSKAN!

Emo tapi peringatan ni penuh kasih sayang,

Salwa

No comments:

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS