Fresh Flower Online

Bunga Segar


Tuesday, June 30, 2015

Pencarian "Kitchen Cabinet"

Salam.

Mahu cari KC bukan mudah sebenarnya sebab banyak sudut harus diambil kira.
Pening tau sebab nak cari betul-betul dan mahu digunakan lebih lama.

Tengok orang lain punya design KC, mak aiihhh cantiknya korang punya.

Info tak seberapa dari aku.


Sumber : Google

Tips :
1. Bajet anda sekeluarga. Jika tidak cukup, pakai apa sahaja yang ada. Jika tidak, simpan sedikit demi sedikit dan bila sudah stabil boleh buat KC ini. Ada setengah buat base dahulu kemudian baru buat semua. Ada setengah buat jenis biasa-biasa untuk dapur. Apa-apa pun terpulang kepada anda dari segi penggunaan dan penjagaan harian serta kekerapan untuk memasak.

2. Kena tahu saiz ukuran dapur dan bentuk apa. Macam aku L Shape. Mujur L Shape rumah aku kecil sahaja.

3. Cari seberapa banyak orang yang boleh buat KC, minta quotation dahulu dan bandingkan harga. Make sure tak ada bad review yang ketara. Yang dah ada nama gah confirm ler harga wowww dan hasilnya mantap.

4. Rajin-rajin search google atau bertanya pada kawan-kawan untuk tambah ilmu. Buat pencarian dan pembacaan untuk pemilihan KC. Material table top, jenis pintu kabinet, aksesori, hood dan hob dan pemasangan lain-lain.

5. Boleh juga baca di blog-blog seangkatan dengannya. Aksesori untuk kabinet dapur pun menarik tau.
Ada yang praktikal dan ada yang tidak lagi-lagi untuk jimat ruang. Tupperware kat rumah confirm banyak kan. 

6. Wet or Dry Kitchen? Aku wet kitchen je. Senanglah sedikit untuk yang bekerja ini.

7. Tak semua pakej termasuk sekali. Jadi, lebih baik tanya apa yang diberikan dalam pakej itu betul-betul ok. Sebab aku ada brochure, ada yang tak kena, boleh rujuk balik brochure itu.

8. Tanya dari semua perincian, pemasangan sink & tap, tebuk lubang ke luar dll ada caj atau tidak. Penting.



Senarai KC yang aku cari dan lain-lain aku tak ingat.

1. Panen Seputih Enterprise

Sub kontraktor juga.

Sebagai tuan rumah, kita kena tanya betul-betul apa dalam harga itu apa yang termasuk dan tidak termasuk ye.
Harga ok cuma aku rasa pemilihan yang terhad tak menepati citarasa aku. 
Aku  suka konsep kontemporari.

Mak mertua aku buat KC dengan Panen Seputih Enterprise dan pengubahsuaian rumah.
Ringkasnya mak mertua guna table top - heavy duty tiles dan jenis pintu kabinet - nyatoh. 
Cantik nampak urat-urat kayu itu.

2. CLS Kitchen Cabinet Sdn Bhd
Aku paling tak suka sebab dorang susah sangat nak update website. Zaman 2015 kan IT dah canggih.
Kebanyakkan harga promosi bertahun-tahun yang lepas, jadi buat pelanggan confuse kan. Hampeh tak update. Sebab memang nampak murah tau !

Lebih baik call cawangan berdekatan sebelum pergi untuk elakkan kejadian tak diingini berlaku. Tanya ada promosi terkini dan bla bla tak.

Aku pergi 3 cawangan CLS (Sg Besi, Bangi dan lupa) dan ada pro & cont dari segi pencerahan ilmu dan layanan staf ye.
Maksudnya, yang mana perlu dan tidak, yang mana ok dan tidak dll dan ada yang jawab bila ditanya sahaja.

CLS memang ok dan harganya mampu untuk yang mampu.

3. Arenzeq Kitchen Cabinet
So far Arenzeq memang tawarkan harga yang paling murah dan dari segi pemilihan table top serta jenis kabinet itu dan ini.
Senang berurusan dengan Encik ini dan yang penting keep update.

Korang boleh tengok FB Encik dia dan ada seorang pelanggan buat KC dengan Arenzeq yang berwarna pink.
Tertarik warna pink.

Warna biru pun cantik ye. hihi

4. Ba Li Kitchen Cabinet
Sorry ye amoi hihi (kihkihkih.)

Tidak sempat berurusan dengan dia, sebab aku sudah ambil yang lain.
Masa ini betul-betul kritikal haha. Last pencarian KC ini.

5. XX Kitchen 
Aku ambil XX Kitchen ini. Next post ye. miahahaha
Senang sekali harung bagi review dan hasil kerja mereka.


Yang penting cara penyediaan, kekerapan penggunaan, kebersihan dan mahal ke murah ke jagalah dengan baik.


Rajin-rajin memasak dan selamat mendeco !!

0 Komen:

NOTE: All the credits goes to the orig
Copyright © EnnLaw | Floating Leaves template designed by ennyLaw | eLaw's Design