Fresh Flower Online

Bunga Segar


Thursday, June 18, 2015

Salam Ramadan 2015

Bulan Ramadhan

Slogan umum bulan ini:

“Bersegeralah kamu semua kepada Allah”.

Objektif umum program:

“Jadilah kamu golongan rabbaniyyun”.

Kewajipan Amali untuk memperkasakan rabbaniyyah di bulan Ramadan ini:

Pertama: Mihwar Individu

1. Berniat dan berazam untuk memanfaatkan waktu sepanjang bulan Ramadan ini untuk
beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah.


2. Berusaha khatamkan Al-Quran sebanyak dua kali; termasuk berusaha mengkhatamkannya khusus pada 10 hari terakhir dari Ramadan.

3. Memelihara zikir pagi dan petang paling tidak Wazifah Sughra dan jangan meringan- ringankannya.

4. Memelihara solat berjamaah serta takbiratul ihram bersama imam di masjid.

5. Memelihara solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu.

6. Memelihara solat dhuha dan witir setiap hari.

7. Beriktikaf di masjid paling tidak 3 hari terutama pada 10 hari terakhir Ramadan.

8. Menunggu di dalam masjid sejurus selesai solat subuh sehingga naik matahari dalam keadaan 
berzikir dan bertilawah paling tidak sekali dalam seminggu.

9. Memelihara solat tarawih dan tahajjud sepanjang Ramadan.

Kedua: Mihwar Rumahtangga

1. Menyediakan suasana rumah dengan menghiaskannya untuk menyambut bulan Ramadan.

2. Menggesa isteri dan anak-anak untuk taat kepada Allah pada bulan ini.

3. Mengadakan halaqah tilawah Al-Quran harian di rumah.

4. Berkumpul untuk berzikir dan berdoa sejurus sebelum berbuka.

5. Membawa bersama keluarga mengerjakan solat tarawih di masjid.

6. Memilih tokoh tertentu seperti sahabat Nabi mengkaji sirah dan pengajaran bermanfaat dan bersesuaian dengan isteri dan anak-anak. Di samping itu boleh juga diadakan kuiz untuk menaikkan semangat.

7. Bersedekah dan memotivasi anak-anak ke arah itu, bercakap dengan mereka tentang kewajipan zakat dan lainnya.

8. Menyusun berbuka dan puasa secara berjamaah di kalangan jiran tetangga paling tidak sekali dalam bulan Ramadan ini.


Semoga Allah  menjadikan kita di kalangan mereka yang mendapat kerahmatan dan keberkatan bulan mulia ini.

Sekian. Wassalam.

”UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN”

0 Komen:

NOTE: All the credits goes to the orig
Copyright © EnnLaw | Floating Leaves template designed by ennyLaw | eLaw's Design