Syarikat MAS ‘bankrap’

Tuesday, June 2, 2015

Salam.

Apa-apa pun tetap sayangkan MAS.
MAS lebih baik dari penerbangan lain.
MAS yang pertama aku naiki semasa kecil lagi.

Seronok betul zaman budak-budak kecil dahulu.
Rindu masa kita kecil-kecil naik MAS sama-sama.
Mana entah korang semua yang kat Semenanjung haha

Aku menangis disebabkan nak bawa balik sebiji bantal (warna biru yang empuk) MAS bila sampai KL.
Pemurah hati pramugari itu suruh bawa balik dek aku nangis kuat gila tahap apa entah.
Baru senyap. Bantal best hahahaha

Lawak bila ingat balik. 

Terima kasih dan minta maaf.
Tidak tahu pramugari itu masih bernafas atau tidak.

************************************

Hasil carian imej untuk mas

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB), Christoph Mueller (gambar kecil) berpendapat bahawa syarikat penerbangan negara, Malaysian Airlines System Berhad (MAS) ‘secara teknikalnya telah bankrap’ ekoran kemerosotan prestasi yang melanda syarikat itu.
Mueller yang baru sahaja dilantik mengisi jawatan itu memberitahu, beberapa penyusunan semula strategi telah diambil bagi menyusun semula syarikat tersebut ekoran kemerosotan prestasi kewangannya.
Beliau berkata, antara penyusunan semula itu adalah de­ngan mengurangkan satu pertiga kakitangan dan menghapuskan beberapa laluan antarabangsa selain mengkaji semula penggunaan pesawat jarak jauhnya dalam usaha menghidupkan kembali syarikat penerbangan berkenaan.
“Secara teknikalnya, kami memang sudah bankrap dengan mengambil kira faktor seperti penurunan prestasi yang bermula dengan insiden-insiden tragis pada 2014 melibatkan pesawat MH370 dan MH17 pada Mac serta Julai tahun lalu.
“Insiden yang berlaku melibatkan dua pesawat pada ketika itu benar-benar memberi impak dan secara langsungnya telah merugikan MAS selain persaingan serantau yang sengit menjejaskan lagi syarikat pe–nerbangan ini,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Sumber : Kosmo


No comments:

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS