Fresh Flower Online

Bunga Segar


Friday, August 28, 2015

Bersabarlah Apabila Diuji Dengan Sakit

Salam.

Terima Kasih Ustaz Khalid share kepada kami di group Whatsapp.
Alhamdulillah atas izin dan kuasa Allah, Ustaz sembuh dengan baik.

Keajaiban..

Semoga diri sendiri (aku) insaf sebelum terlambat.


Setiap yang muda akan tua, setiap yangg sihat akan sakit, setiap yang hidup akan mati dan begitulah seterusnya sunnatul hayat bagi setiap insan di dunia ini.

Justeru dengan datangnya penyakit maka ianya akan dapat membuka mata pengidapnya serta merta.


Seolah-olah penyakit itu berkata:

" Kamu tidak akan kekal hidup dan kamu tidak dibiarkan begitu sahaja. Kamu sebenarnya telah dipertanggungjawabkan untuk menunaikan satu tugas dalam hidup kamu. Oleh itu janganlah terpedaya. Ingatilah Allah sentiasa yang menciptakan kamu dan ketahuilah bahawa kamu sedang menuju ke kubur.

Persiapkan dan sediakanlah diri kamu untuk menghadapinya."

Wahai mereka yg sedang diuji dengan sakit dan yang bakal diuji..penyakit yang datang itu beperanan sebagai penasihat yang tidak pernah menipu dan juga sebagai mursyid (pembimbing) yang sentiasa memberikan peringatan kepada yang mahu mengambil peringatan.

Petikan Dpd Kitab Risalah An-An Nur
Syeikh Bediuzzaman Said Nursi
(Seorang ulamak tersohor 
di Turkey dan di Dunia Islam)



0 Komen:

NOTE: All the credits goes to the orig
Copyright © EnnLaw | Floating Leaves template designed by ennyLaw | eLaw's Design