Gamit memori terpisah 33 tahun - Zamita Resort

Wednesday, August 5, 2015

Salam.

Pagi semalam dapat pesanan Whatsapp dr mak mertua.
Suruh beli paper Metro. hihihihi.

Hamboiii mama. haha

************************************

Mak mertua duduk (belah kanan).
Baju pink tudung magenta.

Sabak Bernam: Suasana Aidilfitri dimanfaatkan 100 bekas pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz (SMKUA), untuk mengadakan pertemuan semula selepas terpisah sejak 33 tahun lalu.

Pertemuan diadakan di Zamita Resort, semalam, menggamit semula memori lama bekas pelajar SMKUA pada 1982 untuk merapatkan semula hubungan.

Penasihat EXSUA 82 Datuk Abdul Rahman Bakri berkata, pertemuan julung kali itu berjaya menghimpunkan 200 bekas pelajar bersama pasangan dan anak masing-masing dalam majlis hari raya.
Menurutnya, pelbagai aktiviti diadakan termasuk bacaan tahlil dan doa selamat, sukaneka, santai hari raya, cabutan bertuah, majlis penyampaian sumbangan kepada ahli yang sakit dan kurang berkemampuan serta insentif kepada anak cemerlang dalam akademik.

“Kita mengharapkan perjumpaan ini dapat mengeratkan silaturahim serta menghubungkan kembali ikatan persahabatan yang terpisah sekian lama disamping mewujudkan suasana saling bantu membantu dalam kalangan ahli,” katanya.

Abdul Rahman berkata, ramai dalam kalangan bekas pelajar sekolah itu menempa kejayaan dalam pelbagai bidang termasuk dalam sektor kerajaan dan swasta.

“Perbincangan juga dibuat agar mereka yang berjaya dalam bidang masing-masing dapat menyumbang pula kepada masyarakat khususnya ahli EXSUA dengan menganjurkan program motivasi bagi anak agar mengikuti jejak langkah serta mengukir kejayaan sama,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi EXSUA 82 Azman Ali berkata, pihaknya turut mengadakan kutipan derma kilat bagi disumbangkan kepada ahli yang mempunyai masalah kesihatan dan dalam kesempitan hidup.

Sumber : HM

1 comment:

Farhain Azmi said...

bestnya bila dapat reunion semula dgn kwn2 sekolah :)

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS