Petua Untuk Menghapuskan Habuk Di Seluruh Rumah

Monday, August 3, 2015

Hama merupakan organisma mikroskopik kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Setiap rumah mempunyai berjuta-juta hama. Ia memakan kepingan kulit manusia dan boleh didapati dalam tilam, bantal, permaidani, perabot, katil, pakaian, mainan dan segala jenis kain. Bahagian-bahagian badan dan najis dari hama boleh menyebabkan asma terutama kepada mereka yang mempunyai alahan kepada habuk hama.
Pendedahan kepada habuk hama boleh menyebabkan asma kepada kanak-kanak yang belum pernah menunjukkan simptom asma. Habuk hama menyerap air dari kelembapan di atmosfera. Ia hidup di dalam suhu sekitar 21ÂșC dan kelembapan sekitar 70 peratus.
Adakah maklumat ini menakutkan? Dari maklumat ini, anda dah tahu sekarang mengapa adalah penting untuk menghapuskan habuk di seluruh rumah anda. Dah tahu ia penting, jom belajar bagaimana untuk menghapuskan habuk dalam langkah-langkah mudah.

Langkah Menghapuskan Debu Habuk Di Seluruh Kediaman

Kumpulkan semua peralatan yang diperlukan untuk membersihkan keseluruhan rumah

Hapus Habuk Kediaman 01
Bulu ayam, kain mikrofiber, vakum, mop dan sebagainya.

Lakukan proses pembersihan secara sistematik

Jangan hanya lakukan secara rawak. Sebaliknya ikut flow tertentu supayaproses pembersihan dilakukan keseluruhan rumah. Jangan berangan dan khayal semasa membersih. Jangan diganggu semasa membersih kerana anda mungkin akan terlepas pandang tempat-tempat tertentu. Boleh pasang lagu yang sentimental atau lagi bagus, pasang ayat-ayat suci Al Quran supaya berasa tenang dan fokus kepada kerja-kerja membersih.

Sentiasa kibas atau bilas kain di luar rumah

Hapus Habuk Kediaman 02
Apabila kain dah kotor atau penuh dengan habuk, kibas-kibaskan atau bilas di luar sumah supaya kotoran tidak kembali ke dalam rumah.

Jangan ketinggalan membersihkan ruang yang sukar dicapai

Hapus Habuk Kediaman 03
Seperti di belakang dan celah perabot. Gunakan berus cat kecil, vakum bermata tirus atau bulu ayam berkain sintetik.Bersihkan habuk dan sarang labah-labah di dinding dengan mop lembap atau vakum. Jangan lupa untuk membersihkan candelier. Disarankan anda turunkan candelier sekali setahun untuk membersihkan secara lebih teliti.

Vakum perabot yang diperbuat dari fabrik

Hapus Habuk Kediaman 04
Gunakan muncung khas fabrik untuk vakum sofa fabrik anda.

Bersihkan lantai sebagai langkah terakhir

Hapus Habuk Kediaman 05
Vakum lantai, permaidani, rug dan tidak ketinggalan bahagian bawah perabot. Disarankan juga untuk mop lantai.

Petua Menghapus Habuk Untuk Bilik Tidur

Hapus Habuk Bilik
  • Angkat segala barang-barang di atas lantai dan letak di tempat sepatutnya. Masukkan pakaian ke dalam bakul laundry atau almari.
  • Bersihkan segala perabot.
  • Keluarkan semua sarung bantal, cadar dan selimut. Vakum kedua-dua belah tilam. Terbalikkan tilam, guna sebelah yang berada di bawah semasa sebelum divakum.
  • Bersihkan katil. Ini merupakan langkah yang paling penting kerana katil adalah habitat utama hama. Pada tilam mungkin terdapat antara 100,000 hingga 10 juta hama. 10% daripada berat bantal berusia 2 tahun terdiri daripada hama mati dan najisnya. Hama suka keadaan yang panas dan persekitaran lembap. Makanan kegemarannya adalah bulu (manusia dan haiwan). Kita kehilangan kira-kira 6 gram bulu (kulit mati) setiap minggu. Kira-kira 80% daripada bahan yang dilihat terapung dalam sinaran matahari itu sebenarnya adalah kepingan kulit.
    Letakkan kembali tilam di atas katil yang sudah dibersihkan. Gunakan mattress protector jika perlu. Pasang cadar kain kapas yang bersih.
    Permaidani di bilik tidur juga tempat utama hama bersarang. Pastikan ia divakum dan dibersih sebersih-bersihnya.
  • Vakum dan mop lantai.

Petua Menghapuskan Habuk Untuk Bilik Mandi

Hapus Habuk Bilik Mandi
  • Bersihkan semua kabinet bilik mandi, di dalam dan di luar. Jangan lupa untuk membersihkan bahagian atas kabinet.
  • Bersihkan jubin dinding dari lantai ke siling dengan span untuk menghapuskan kotoran. Lapkan permukaan berair dengan kain atau tuala kertas.
  • Bersihkan tub/shower dengan teliti. Banyak habuk dan kotoran berkumpul di situ. Jangan lupa untuk mengesat batang dan bilah aksesori. Gunakan berus gigi lama untuk mencapai celah-celah yang sukar dicapai.
  • Cuci bahagian luar basin tandas terlebih dahulu. Jangan lupa untuk bersihkan paip-paip yang terlindung. Selepas itu barulah bersihkan bahagian dalam basin tandas.
  • Vakum dan mop lantai.

Petua Menghapuskan Habuk Untuk Lorong Hallway

Hapus Habuk Lorong Hallway
  • Bersihkan habuk pada lukisan dan perhiasan yang digantung.
  • Bersihkan juga sarang labah-labah pada siling dan dinding.
  • Vakum permaidani, rug dan lantai.

Petua Menghapuskan Habuk Untuk Tangga

Hapus Habuk Tangga
  • Bersihkan sisi tangga.
  • Vakum setiap sudut dan juga sudut setiap langkah individu.
  • Gunakan kain lembap atau mop untuk membersihkan setiap langkah dari atas sampai ke bawah.

Petua Menghapuskan Habuk Untuk Dapur

Hapus Habuk Dapur
  • Keluarkan semua item daripada kabinet dapur. Bersihkan bahagian dalam dan di luar kabinet dengan kain lembap. Jangan lupa untuk membersihkan bahagian atas kabinet juga.
  • Bersihkan jubin pada dinding. Gunakan span untuk keluarkan sebarang kotoran.
  • Bersihkan countertop dengan produk yang sesuai.
  • Bersihkan kerusi dan meja makan dengan kain lembap. Jangan lupa untuk membersihkan kaki-kai kerusi dan meja.
  • Vakum dan mop lantai.

Petua Menghapuskan Habuk Untuk Ruang Tamu

Hapus Habuk Ruang Tamu
  • Bersihkan semua perabot, lukisan dan perhiasan.
  • Vakum permaidani, rug dan lantai. Disarankan juga untuk mengemop lantai.

Petua Tambahan Untuk Menghapuskan Habuk Dalam Kediaman

  • Lagi sikit jumlah objek di dalam rumah, lagi senang kerja pembersihan habuk. Sekiranya anda mempunyai banyak barnag-brang kecil, storkan ia di dalam kotak, drawer atau storage unit yang bertutup
  • Gunakan cadar atau sarung bantal yang allergen-proof atau dust-proof.
  • Jangan lupa untuk membersihkan bulb bila membersihkan lampu.
Sumber : Petua Tube

No comments:

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS