Fresh Flower Online

Bunga Segar


Thursday, August 13, 2015

Review Kitchen Cabinet : Lavender Kitchen Sdn. Bhd.

Salam.

Agak lambat untuk post pasal KC ini. Sibuk dengan pindah dan kemas rumah.

Previous Entry : Pencarian Kitchen Cabinet


Sales Person : Karen Chee --> 012-621-292-2
Lepas dah datang ukur semua (free), kami berhubung melalui email dan whatsapp.
Booking fee RM 100 dikenakan before datang itu.

Cerita Sedikit :
Last minute survey kat PWTC, memang dah tahap kritikal tau masa ini. 
Bukan nak lambat-lambat, dalam rumah tak siap-siap lagi. Sebab sabarlah aku tunggu sampai sekarang. 
Dugaan betul ye dan terbaca juga pengalaman orang lain itu dan ini. Lagi teruk.

Paling murah berdasarkan pemilihan kami bersama dan ada banyak free (include tak haha). 
Maksudnya yang memang diperlukan untuk perincian KC.

Boleh search website untuk promosi itu masih available ok yang aku amik. Tertakluk pada terma dan syarat ketika itu.

Harga :
Bergantung pada saiz dapur, material kabinet, table top, lain-lain aksesori serta caj pemasangan.

Masa Pemasangan :
Tempoh 1 hari sahaja dan sekitar 3-4 jam sudah siap. Bergantung pada material anda tempah.

Puas Hati :
1. Suka warna ungu dari dulu lagi dan Alhamdulillah dapat :).
2. Syarikat ini ada kilang sendiri, jadi lagi cepat proses siapnya.
3. Sales Person datang hari Ahad on time sbb masa tu kami bersihkan rumah. (Itu aku suka sebab tepati masa haha)
4. After buat full payment, 10 hari selepas itu kerja pemasangan kc terus dibuat.
5. Pemasangan KC dibuat pada hari Sabtu dalam bulan puasa.
6. Mereka datang naik lori syarikat, so senang nak cam dari jauh if sesat/lalu depan umah.
7. Ruang dapur nampak kecil sebelum pasang kabinet, bila dah siap pasang, nampak macam luas lagi dapur itu. Eh eh ko ingat tiba-tiba je dapur jadi ajaib nak luas lagi??

Kurang Puas Hati :
1. Sampai 1 jam lambat sebab sesat. Sejam je pun... Gunalah waze T_T
2. Lantai depan calar/kotor sedikit itu kena tahanlah.
3. Sinki aku comel sangat. Letak sorang satu muka dalam sinki. haha
4. Ko jengket-jengket sedikit ye untuk dish rack (Pendek... aku lupa inform pekerja part ni)
5. Aku ada masalah pull out basket hari itu, so minta ganti yang baru. Jangan lupa kena snap picture untuk bukti sahih.

Sediakan & Lakukan :
1. Penyapu dan penyodok supaya jika ada habuk atau apa-apa mereka boleh buang. (Itupun kalau rajin haha)
2. Plastik sampah.
3. Air xpayah. Mereka bawa sendiri.
4. Sampah-sampah mereka buang kt depan je (khas untuk sampah).
5. Make sure sambil-sambil tengok mereka buat kerja. Kang tak jadi kerja if tengok je. haha
6. Mereka akan inform tinggi mana wall cabinet ye. 
7. Ada kabinet kotor-kotor sedikit, bolehlah lap ye. 

Info :
1. KC pekerja lain buat pemasangan.
2. Sinki pekerja lain juga datang tetapi lambat sedikit sebab mahu biarkan kabinet lain-lain siap pasang. 

Peringatan :
1. Rajin-rajin memasak dapur ko dah cantik kan. haha
2. Harus tahu penjagaan KC, hood dan hob x kisah apa-apa brand serta lain-lain lagi.


Gambar-gambar dari awal hingga akhir siap pasang kabinet dalam kamera. 
Disebabkan hp kamera rosak, habis dh.
If ada masa, Fariza terus update kat bawah ye.


So now, Fariza just letak gambar 3D & real ye.

Oh ye, apa punca warna kabinet jadi lain dalam kamera aku. 
Warna elok-elok purple jadi macam biru pula. Adehhh.

Ini KC idaman hati "sangat" wakakaka


Hasil 3D untuk KC Fariza.


 * Warna kamera Fariza memang LARI ye. Alahaiiii
Ini hasilnya. hihi
Wayar-wayar itu nanti baru susun rapi, now guna sahaja apa yang ada ok.

inshaAllah ada rezeki tambah lain.








3 Komen:

LindaF said...

cantikkkkkk ! fresh sgt warna. terang2 camni

azizah green line said...

cantiklah fiza..meterial apa ni ye..berapa kaki?
hood n hob tu include sekali tak..

Fariza said...

LindaF :
lama x dgr khabar. hihi. rumah linda pun cantik juga.

Azizah :
3G glass, melamine top, 15 kali.
hood dan hob beli lain. Beli kt puchong.

NOTE: All the credits goes to the orig
Copyright © EnnLaw | Floating Leaves template designed by ennyLaw | eLaw's Design