Kacamata Ray Ban

Wednesday, September 30, 2015

Assalamualaikum semua.

Pasti korang sedia maklum akan populariti kacamata jenama Ray Ban.
Asal cakap Ray Ban je fuyohhhhh.
Walaupun hanya tahu setakat jenama pun tidak berbaloi kan.

Apa kata beli dan cuba sendiri, rekaan dan gaya yang sesuai dengan bentuk wajah anda serta dari segi kanta mata anda.
Kanak-kanak mahupun golongan dewasa pun boleh pakai tau.


Serba sedikit mengenai kacamata Ray Ban :

Ray Ban merupakan peneraju kacamata atau sunglasses terbaik dunia iaitu ditubuhkan pada tahun 1937. Setelah berkurun-kurun berada di dalam pasaran, kedudukan Ray Ban kini semakin kukuh dan kian mendapat tempat di hati para penggemar fesyen. Bermula beroperasi di Amerika Syarikat, Ray Ban kini mempunyai ribuan cawangan di seluruh dunia termasuk di negara kita iaitu Malaysia.


Berita baik untuk penggemar Ray Ban Malaysia, koleksi kacamata Rayban Online kini boleh temui dan miliki secara online di mana web ZALORA Malaysia.


Di ZALORA, korang bukan sahaja boleh memiliki barangan kegemaran dengan pantas melalui perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah tau, malah juga boleh membuat pulangan semula secara percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian sekiranya anda mengubah fikiran.


Di bawah ini merupakan antara 3 rekaan kacamata Ray Ban yang cukup diminati para penggemar Ray Ban.

Ray Ban Aviator
Rekaan ini merupakan edisi kacamata Ray Ban yang paling mendapat perhatian ramai dan sesuai dipakai oleh lelaki mahupun wanita yang mementingkan gaya.


Ray Ban Wayfarer
Edisi kacamata yang kedua pula adalah Ray Ban Wayfarer yang paling digemari golongan muda. Ia juga amat sesuai dijadikan aksesori yang berpadanan dengan pemakaian pakaian kasual.


Ray Ban Clubmaster
Dan rekaan edisi kacamata Ray Ban yang seterusnya adalah Ray Ban Clubmaster yang menjadikan penampilan si pemakai tampak elegan dan classy.


Selain itu banyak lagi rekaan yang menarik contohnya seperti di bawah ini.



Oh ye, korang juga boleh melawati laman sesawang ZALORA jika harga ditawarkan lebih murah atau ada promosi terkini menanti anda.

Selamat bergaya di mana jua dengan kacamata Ray Ban !!
^_^

15 Perkara Untuk Memenuhi Permintaan Anak.

Terpakai : Buku Novel dan Lain-lain : RM 3 ke RM 10 Sahaja

Wednesday, September 23, 2015

Salam.


Sekarang ini tengah rajin mengemas rumah.
Jadi ada sesiapa berminat untuk membeli buku dibawah sila maklumkan dengan segera.

Semua buku dijaga dalam keadaan baik.


Terma & Syarat :
1. Tiada BOOKING melainkan disertakan deposit (bergantung kepada jumlah buku yang ingin dibeli)
2. Pembayaran hanya dalam masa 48 jam sahaja.



Penerimaan Buku :
1. Pos Laju (bergantung pada jumlah/berat buku yang dibeli)


Cara Pembelian :
Email : pelangi.hati.enterprise[at]gmail.com
Whatsapp : 012-259-550-5 (Fariza)


Terima Kasih.


1) Rintihan Mazliza RM 5
2) Detik Debar RM 5
3) Ajaib RM 5
4) Kalimah Jiwa RM 5
5) Kita Hanya Di Seberang Jalan RM 5
6) Misi Mustahil? RM 5
7) Remaja@ptsone 2008 RM 5
8) Remaja@ptsone 2010 RM 5
9) Janji Puteri Beradu RM 5
10) Yong Tau Foo RM 5



11) Aku Mahu Ke New York I RM 5
12) Aku Mahu Ke New York II RM 5
13) Penulis Yang Disayang Tuhan RM 5
14) Tautan Hati RM 10
15) Dork Diaries Pop Star RM 5
16) Hits The Small Time RM 5
17) Remaja@ptsone 2010 RM 5
18) Di Mana Terangnya Bulan RM 5
19) Impiana RM 8
20) Ini Suatu Cerita RM 5



21) The Lost World (BM) RM 10
22) Semalam Kubermimpi RM 5
23) Tabik Cikgu RM 5
24) Bintang Suhana RM 5
25) Galeri Cinta RM 8
26) Harta Itu Aku Punya RM 5
27) Aku, Dia & Glamor RM 5
28) Puisi Untuk Nadina RM 8
29) Aku, Dia & Coklat RM 5
30) Impiana Misteri Terbongkar RM 8
31) Raudhah RM 8



32) Dork Diaries RM 5
33) Tiga Hati RM 5
34) Diari Mat Despatch : Haru Biru RM 5
35) Aku Mahu Superbibik RM 5
36) Sayalah Putera Mahkota RM 5
37) Sayalah Puteri Raja RM 5
38) Mengapa Aku Jadi Pengetua RM 5
39) Detektif Bertudung Hitam RM 5
40) 100 Jam RM 5
41) selamat Hari Raya The Silver RM 5



42) Bertaut RM 3
43) Tuah Taji RM 5
44) Melawan Arus RM 5
45) Buluh Perindu RM 5
46) Impiana : Finale RM 5
47) Yang Indah Belum Menjelma Lagi RM 5
48) S untuk.... RM 5
49) Misi Lembah Merah RM 5
50) Realiti Hidup R 5
51) Janji Assila RM 5



52) Bare Bones RM 5
53) The Fame Game & Me RM 5
54) Chicken Soup For The Soul : The Magic of Mothers & Daughters RM 6 (SOLD)
55) Chicken Soup For The Soul : Stay At Home Moms RM 6
56) Chicken Soup For The Soul : Extraordinary Teens RM 6
57) Anne of Green Gables RM 4


21 Tips Berkomunikasi Dalam Mendidik Anak

Friday, September 18, 2015


21 Tips Berkomunikasi Dalam Mendidik Anak
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
Jika mereka melakukan kesilapan, gantikan jeritan makian kepada perkataan -perkataan yang berbentuk doa seperti “bertuah punya anak!”,atau”anak soleh ni” atau “Ya Allah budak ni, dah besar jadi ulama besar!” atau ” dah besar jadi hafiz Quran budak ni” dan sebagainya.
Dikisahkan oleh Imam Sudais yang merupakan Imam Masjidil Haram ketika ini menceritakan bahwa ketika beliau masih kecil merupakan seorang anak yang nakal dan terejah, ibunya selalu berkata “hei imam masjidil Haram, jangan nakal! “. Dan kini beliau telah benar-benar menjadi yang sedemikian.
2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk). Rasulullah saw sentiasa memeluk kanak-kanak.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
11. Sediakanlah hadiah yang unik walaupun harganya murah untuk kejayaan dan pencapaian mereka. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak didunia dan akhirat kerana doa ibubapa adalah mustajab.
21. Jauh disudut hati ibubapa hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap anaknya bahawa dia akan menjadi seorang yang soleh walau keadaannya sekarang tidak menunjukkan kearah itu.
Semoga Bermanfaat
Sumber : Feryco

Penyakit Kurap : Review Sabun dan Krim Mutiara Bumi

Thursday, September 17, 2015

Salam.


Hubungi SMS/Whatsapp :
1. Hj Man - 013-438-9413
2. Dg Jannatiah - 011-3345-1912

Harga Serta Gambar :
1. Sabun Mutiara Bumi : RM 8
2. Krim Mutiara Bumi : RM 16

* Atas izin Allah untuk sembuh. (Penggunaan apa-apa produk sekalipun)

Klinik :
1. Kenapa tidak pergi ke klinik?
2. Fariza refer kepada beberapa orang yang bekerja di hospital dan cari info dari online..
3. Haruslah makan dan letak krim itu dan ini. Rayyan sukar untuk makan ubat, kena trick untuk dia makan ubat. hihi.
4. Krim pun perlu diambil kira kandungannya kan. Lagi-lagi di sekitar bahagian sulit.

Cara lain :
1. Tak refer klinik dahulu. Memandai-mandai ko kan.
2. Bila getting worst baru pergi klinik. hikhik
3. Cuba cari produk lain.

Tanda-tanda awal :
1. First day tengok macam nappy rash, so apply sahaja calamine lotion seperti biasa. Sebab selama ini guna calamine lotion jika ada nappy rash dan alhamdulillah ok.
2. Takkan sehari sudah nampak kesan kan, berlarutan selama seminggu. So, sudah rasa lain macam sahaja. Sepatutnya 3 hari sudah ok.
3. Merebak dari bahagian kanan ke kiri dan seterusnya ke belakang. Bahagian belakang tak sempat merebak sebab time itu sudah letak Krim Mutiara Bumi.
4. Ketara bahagian depan sahajalah. Kesian tengok.
5. Gatal dan pedih Rayyan cakap dekat Umi. Bila di school, teacher teacher ni..... hahaha. Suruh teacher tepuk ye.

Puncanya apa :
1. Banyak boleh dikaitkan. So, tidak tahu mana satu jadi punca.
2. Mungkin terjadi 1 atau 2 minggu sebelum. Mungkin minggu itu terjadi. Mungkin semalam. Mungkin beberapa jam tadi.
3. Positif sedikit dan cuba cari puncanya. Mana 1??

Sumber :

Penggunaan Semasa Penggunaan Produk :
1. Yakinlah nak guna produk kan. Apa-apa bergantung kepada individu.
2. Harus guna set ye. Alhamdulillah, makin kecut tengok dari hari ke hari.
3. Bahagian belakang tak sempat merebak, if merebak mau dukung je 24 jam haha.
4. Merah-merah kelihatan pudar tetapi teruskan sampai elok ye. Betul-betul elok tau.
5. Tanya Rayyan, now sakit lagi tak? Apa dia jawab? Tak sayang... T_T. Now dia dah pandai main sayang-sayang sekarang.
6. Fariza letak 2 atau 3 kali sehari. Ia kering dan tidak memedihkan. Rasa sejuk pakai.
7. Now sudah 2 krim dipakai.
8. Fraiza guna 3 minggu sebab nak pastikan betul-betul clean ok


GAMBAR BAHAGIAN TERKENA TELAH DIEDIT 

Sabun :
Potong dadu lebih banyak dan jimat.
Buihkan dan biarkan 5 minit di tempat tersebut kemudian bilas.

Kandungan Sabun :
Air bunga mawar, minyak cengkih, minyak serai wangi, pewangi yang lembut, minyak pokok teh hijau, minyak peppermint, minyak kelapa dara, ekstrak daun sirih dan ekstrak daun mambu.

Krim :
Tidak berbau dan cepat kering apabila disapu di tempat bahagian.
Simpan dalam keadaan baik.
Better beli tambahan 1 krim lagi untuk penggunaan seterusnya.
Bahan-bahan pun tiada chemical. 

Kegunaan Krim :
Nanti update (Sorry)


Klik gambar.

Ayat yang begitu mendalam ada tertera pada krim di atas. 
Bacalah. 
Terima kasih ingatkan sebagai hamba Allah yang acapkali terleka.


Klik untuk khasiat dan bahan-bahan yang digunakan.


Sudah diedit untuk tujuan tertentu.
Kang tengok geli pula. huhu
If betul-betul kena seperti di atas, merah-merah pink ye.


Kenapa Telinga Kita Berdesing?

Monday, September 14, 2015

Allahuakbar.
Allah Maha Mengetahui.

Hasil carian imej untuk Kenapa Telinga Kita Berdesing?


Menurut riwayat Ibnu Sunni , Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

" Barang siapa berdesing telinganya hendaklah ia mengigati ku  dan berselawat lah kepada aku . Selepas itu hendaklah ia berzikir dengan zikir 
" ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR "  - (Al-Azakar : 33)

Kejadian ini memang sering terjadi , sebab itu Nabi Muhammad S.A.W mengingatkan kepada sesiapa yang telinganya berdesing supaya berselawat kepadanya dan membaca doa ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR yang bermaksud :

"ALLAH S.W.T mengingatkan orang yang mengingati aku dengan kebaikan ."

Berdasarkan keterangan di atas , dapatlah kita fahami bahawa kejadian telinga berdesing merupakan suatu isyarat dan peringatan dari Allah S.W.T kepada sesiapa yang dikehendaki Nya.  
Namun isyarat dan peringatan apakah yang ingin disampaikan Allah tidak kita ketahui.

Kalau telinga 24 jam berdesing selalu pula , tak lain tak bukan tahi telinga penuh . Hehee .

Wallahualam .

Sumber : Blog Parihh


Telinga kita berdesing kerana daun-daun di Luh Mahfuz sana gugur tanda ajal menjelang bagi seseorang dan daun yang gugur tu terkena daun yang tertulis nama kita, sebab tu lah rasa berdesing di telinga mungkin sebagai peringatan kepada kita barangkali.

Wallahualam..

Kitchen Trolley

Wednesday, September 9, 2015

Assalamualaikum.

Suka kitchen trolley ini.
Sebenarnya terlihat, lebih baik buat untuk laundry. haha
Bagi aku lah.


kitchen trolley 2

Sumber : Vetop Storage

Jual : Bath Robe Smart Towel

Monday, September 7, 2015

Kod : Bath Robe Smart Towel
Ukuran : 154 cm x 83 cm
Material : Microfiber
Warna : Pink / Purple / Coklat / Biru
Harga : RM 20 tidak termasuk pos

Whatsapp : 012-259-550-5









Berjimat Bagi Yang Berkeluarga

Assalamualaikum.

Semua orang tengah berjimat sebenarnya.
Ada rezeki lebih terima pun sudah gembira.



















 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS