Fresh Flower Online

Bunga Segar


Wednesday, October 21, 2015

Ikea Cheras Beroperasi Penghujung November 2015

Salam.
Tidak sabar rasanya mahu ke IKEA Cheras :)

GEDUNG beli-belah Ikea cukup terkenal dengan keenakan bebola dagingnya yang lazat selain menjadi pusat sehenti yang menawarkan pelbagai kelengkapan kediaman. Namun, gedung yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor sentiasa sesak terutama pada hujung minggu. IKEA Damansara mula dibuka kepada orang ramai sejak tahun 2003 yang menjadi cawangan pertama Ikea yang berpusat di Sweden sejak 1943. Menyediakan pelbagai barangan dan kemudahan yang memenuhi keperluan pelanggan, ia terus menjadi pilihan pengunjung terutamanya mereka yang mahu menjadikan kediaman tampak lebih eksklusif, kemas dan selesa didiami.
Merupakan satu-satunya Ikea di Malaysia sebelum ini, para pelanggan tiada pilihan dan terpaksa ke sana walaupun dalam kalangan mereka tinggal jauh dari Damansara.
Lebih luas
Memahami kesulitan dan mahu memperluaskan legasi IKEA di negara ini, cawangan baharu gedung tersebut bakal beroperasi penghujung November ini yang terletak di Jalan Cochrane, Cheras, Kuala Lumpur.
Sama seperti konsep asalnya, Ikea Cheras ditampilkan dengan keluasan yang lebih besar berbanding cawangan Damansara.
Pengarah Runcit Ikea Malaysia, Singapura dan Thailand, Mike King ketika ditemui dalam program lawatan media ke tapak bangunan Ikea Cheras baru-baru ini berkata, cawangan terbaharu tersebut mempunyai keluasan 41, 000 meter persegi, 20 peratus lebih besar berbanding Damansara.

Sumber : Kosmo



1 Komen:

Elya Roza said...

yeay dekat dgn rumah nnt ehehhe

NOTE: All the credits goes to the orig
Copyright © EnnLaw | Floating Leaves template designed by ennyLaw | eLaw's Design