Fresh Flower Online

Bunga Segar


Thursday, October 22, 2015

Kanak-kanak Disuruh Merokok & Minum Arak

Salam.


Mengucap panjang..
Begitu pentingnya ilmu keibubapaan sepanjang hayat.
Pentingnya juga pendidikan awal untuk anak-anak anda.

Berkahwin bukannya mudah..
Tanggungjawab untuk membimbing ke taman syurga itu penting..

Semuanya belum terlambat.
Cari ilmu perlahan-lahan untuk masa depan bersama.








MADRID, Sepanyol – Tindakan dua lelaki Romania memberikan sebatang rokok dan minuman keras kepada seorang budak lelaki di luar sebuah kafe di sini mencetuskan kemarahan orang ramai.
Satu klip video yang dimuat naik di laman sosial Facebook memaparkan kanak-kanak itu duduk di pangkuan seorang lelaki berkenaan, dipercayai bapanya.
Lelaki itu kemudian memberi anaknya sebatang rokok. Budak lelaki itu menghisap rokok itu berulang kali sebelum minum arak.
“Ini baru lelaki sebenar,” kata lelaki tersebut.
Lelaki kedua yang duduk di sebelah bapanya ketawa sambil merakam aksi kanak-kanak tersebut.
Lelaki yang sama kemudian meletakkan sebatang rokok pada mulut kanak-kanak tersebut dan menyalakannya.
Klip video itu dimuat naik di Facebook oleh seorang lelaki Romania yang menggesa supaya pihak berkuasa bertindak terhadap kedua-dua individu itu.
“Lelaki ini tidak layak memiliki hak penjagaan ke atas kanak-kanak. Pihak berkuasa perlu berbuat sesuatu dengan segera,” kata seorang pengguna laman sosial yang enggan dikenali.
Sumber : Kosmo




0 Komen:

NOTE: All the credits goes to the orig
Copyright © EnnLaw | Floating Leaves template designed by ennyLaw | eLaw's Design