Family Day 2016 - Ajlaa Village Resort & Camp, Hulu Langat, Selangor

Tuesday, March 29, 2016

Assalamualaikum.

Pada tahun ini, keluarga Fariza jadi penganjur utama.
Jadi, banyak sangat benda harus di ambil. Semua dari aspek hadapan mahupun belakang.

Apa-apa pun bersyukur sahaja ya. 

Banner

Button Badge


2015 - Sungai
2016 - Kolam
2017 - Kui kui kui

Tahun depan inshaAllah ada, giliran keluarga lain pula.

Tarikh : 26-27 Mac 2016
Tempat : Ajlaa Village Resort & Camp
Call / Whatsapp : Haji Jalal 017-293-1955


*Ditempah pada bulan 11 or 12/2015
*Maaf, gambar bilik memang tidak sempat snap ye. Sebab sibuk dengan urusan lain.
*HP tidak melekat di tangan T_T
* Awasi anak-anak kecil tidak kira di mana jua anda berada.


Penginapan Banglo Atas Air (Bilik air di luar)
1) Ada 7 bilik dan katil queen. 
    Ruang tamu besar untuk santai keluarga, aktiviti dan ASTRO.
    Tempat masak & BBQ juga berdekatan ya. Senang.
    1 banglo ini memang kami semua sewa.

Penginapan Chalet Atas Air
2) Kami sewa 6 bilik.
    Pintu menghadap bilik ada ruang santai. So mudahlah nk berborak sampai tengah malam. haha.

3) Yang mana sewa Banglo atau Chalet atas air, bilik air memang di luar ya. 

4) Ada bilik atas bukit dan dalamnya ada bilik air sekali. Pergilah tengok dan survey ok. 

Gambar seperti di bawah :

Banglo Atas Air

Ini chalet yang kami sewa


Permandangan Chalet atas air dari luar

Chalet atas air dari tepi

Koridor.
Mahu memancing diperlukan bayaran.


Kolam

Atas itu toilet. Ada bawah & atas



Banglo atas air tadi itu..

Gambar keluarga :
Ada setengah tidak dapat hadir akibat kekangan waktu. 
Terima kasih sebab ada effort untuk datang walaupun lambat wakakaka. 
Tahniah semua !!

Semua keluarga. Aku pakai baju warna lain.
Entah apa kena. Selamat dilindingi haha

Thanks Kak Ina.

 Dua beradik ini. Sorang lagi tidur zzz

Sudah besar dikau anak...
Ruangan keluarga.

Semangat pakai swimsuit. haha

Happy Birthday Faris :)


Kelebihan :
1) Jauh dari kebisingan jalan raya.

2) Suasana hijau..

3) Aktiviti lain boleh berbincang dengan pihak pengurusan.

4) Aktiviti BBQ semestinya wajib. Semua tempat ada.


Kekurangan :
1) Tiada signal 
Kebaikannya adalah boleh eratkan hubungan dan tidaklah anti sosial.
Kekurangannya adalah jika berlaku kes-kes kecemasan. Doa baik-baik je lah. 

2) Kolam
Kebetulan kolam tidak dibersihkan lagi. Mohon buat persiapan awal.
Warna kolam memang hijau akibat cuaca direct dari atas tetapi sejuk ye.

3) Tong sampah
Lebih elok pengunjung bawa pulang sampah dan dibuang dibawah.
Tidak menyediakan ruangan besar untuk sampah. Bukan apa, mahu naik atas sangat tinggi.
Kasihan juga pekerja di situ.

4) Kebersihan bilik.
Mungkin disebabkan pengunjung yang semalam baru sahaja keluar, jadi kotor sedikit lantai.
Kalau rajin, sapu sendirilah. Kerjasama. haha

5) Persediaan
Sedia maklum pengunjung akan datang, kena siap-siap awal sediakan peralatan yang diperlukan.
Kita ini memang mahu semua sempurna, namun kenalah bertolak ansur lebih.

6) Makanan
Belilah siap-siap lebih baik. Mahu naik tinggi dan jauh dari kedai.

Kesimpulan :
1) Beri peluang dan akan datang mereka boleh perbaiki mana yang perlu..
2) Sekarang ini ada penambahbaikkan dari segi bangunan. (dalam pembinaan)
3) Pihak pengurusan harus pantau keadaan sebelum pengunjung tiba.


Terima kasih kerana sudi membaca. :)

No comments:

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS