Fresh Flower Online

Bunga Segar


Thursday, June 30, 2016

Didik Hati, Akal & Jiwa Anak

Assalamualaikum.

Rindu nak dengar ceramah Ibu Rose lagi :)


Berdoalah dengan sesungguh hati agar anak-anak yang kita besarkan akan menambah nilai tinggi ke dunia ini. Mereka akan menghabiskan hidup mereka memperjuangan sesuatu yang haq dan bukan yang bathil.
Mereka tidak terikut-ikut akan pendapat orang tanpa mencari ilmu dan mencari kebenaran.
Berjalan di atas JALAN YANG LURUS, boleh tergelincir juga bila ilmu dangkal dan ego tinggi.
Didik hati anak. Didik akalnya dan didik jiwanya supaya badannya menjadi penyebar kebenaran dan penyejuk hati umat manusia dan haiwan serta tumbuhan.
Dan untuk mencapai ini :-
1) Jangan ambil hak mereka untuk bertanya.
2) Jangan malas memberi jawapan yang bernas.
3) Jangan hadkan kebolehan mereka berfikir
4) Jangan biarkan mereka hidup tanpa pedoman
5) Jangan biarkan ego anda untuk menundukkan mereka supaya mereka mendengar kata anda sahaja sedangkan anda pun tidak pasti anda benar.
6) Jangan mengatakan betul kepada yang salah kerana kesalahan itu anda yang melakukannya.
7) Jangan biarkan 'kesakitan' kita semalam menyakiti anak-anak kita hari ini. Ubat dan rawat jiwa dan hati kita. Kita hanya boleh memberi apa yang kita ada.

Hendak anak-anak kita berjalan di atas jalan yang lurus, kita tidak boleh menjadi ketam.
Namun, jika kita ketam yang belajar dan berusaha berjalan betul, maka itu adalah satu kebaikan.
Dan ketahuilah juga, walaupun kita telah berusaha bermati-matian, Jangan ingat anak kita tidak akan melakukan kesilapan. Perjalanan hidupnya, hanya dia yang menyusurinya. Kita hanya iringkan dengan doa dan tarik semula bila dia tergelincir.

0 Komen:

NOTE: All the credits goes to the orig
Copyright © EnnLaw | Floating Leaves template designed by ennyLaw | eLaw's Design