Fresh Flower Online

Bunga Segar


Wednesday, July 20, 2016

Rakyat Disaran Buat Dua Pekerjaan

Assalamualaikum.








KUALA LUMPUR – Rakyat di negara ini digesa me­lakukan dua pekerjaan sebagai cara untuk membayar hutang selain menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Gesaan itu dibuat selepas kebanyakan rakyat di negara ini didapati membuat pelbagai pinjaman antaranya membeli rumah sehingga mengakibatkan mereka terpaksa menanggung hutang bagi tempoh yang panjang.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, orang ramai yang terdedah dengan hutang se­perti penjawat awam boleh melakukan dua pekerjaan bagi menjana kewa­ngan menampung kos sara hidup mereka.
“Kalau hendak bergantung kepada gaji sedia ada memang tidak cukup dan alternatif itu boleh dilakukan oleh mereka. Cara ini adalah lebih baik daripada meminjam ceti haram atau ah long yang boleh menekan kehidupan mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Sumber : Kosmo


Okay.
Apa perasaan sekarang..


0 Komen:

NOTE: All the credits goes to the orig
Copyright © EnnLaw | Floating Leaves template designed by ennyLaw | eLaw's Design