Tarbiah Sentap - Diuji

Thursday, July 21, 2016

Assalamualaikum.


Tiap kali kita diuji, cuba cari hikmah yang Allah nak didik kita.

Ada orang diuji kereta rosak tengah malam dalam hutan, boleh jadi Allah nak didik dia kebergantungan secara total kepada Allah!

Ada orang diuji dengan kesempitan hidup, boleh jadi Allah nak didik dia rasa cukup dan bersyukur dengan apa yang ada!

Ada orang diuji dengan penyakit kronik, boleh jadi Allah didik dia erti redha dengan ketentuan!

Ada orang diuji dengan kebencian orang pada dia, boleh jadi Allah nak didik dia sifat pemaaf!

Ada orang diuji dengan kemewahan harta benda, boleh jadi Allah nak didik dia nilai pemurah!

Apa pun ujian dalam hidup kita, sandarkan hanya kepada Allah. InsyaAllah kau akan tenang dan kuat untuk tempuh ujian yang melanda!



Sumber : Tarbiah Sentap



No comments:

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS