Kedegilan Anak Sebenarnya Dibentuk Oleh Ibu Bapa

Tuesday, August 30, 2016

Assalamualaikum.

Baca tajuk buat sentap aje ye.
Wallahualam.

Sumber : Pixel Media

Kadang-kadang terfikir juga kenapalah anak ini macam degil dan selfish. Semuanya nak ke dia saja. Kita sudah cakap, ajar dan terangkan baik-baik serta gunakan bermacam-macam tips untuk bentuk 'obedience' dia, tetapi dia masih begitu juga. 

Kalau main, tak mahu berkongsi. Kalau berbual, kita bercakap tentang ini, dia tak nak masuk cerita kita dan dia cerita tentang cerita dia juga. Kita ajar dia letak barang di sini, dia nak letak juga di situ. 

Ibu-ibu dan ayah-ayah penyayang sekalian, sebenarnya mereka tidak degil. Malah tidak wujud pun 'kedegilan' dalam diri kanak-kanak. Allah telah menjadikan manusia sebagai sebaik-baik kejadian. Ia adalah berkaitan fenomena Egocentrism. 

Egocentrism atau egosentrik ini bermaksud, keterbatasan kemampuan kanak-kanak untuk melihat sesuatu dari sudut pandangan orang lain. Ia akan berterusan sehingga usia sekitar 6 - 7 tahun. 

Bahasa mudahnya, kanak-kanak menyangka yang kita ini semua berfikir seperti mereka. Meja adalah litar lumba untuk kereta mainan mereka (kata mereka), maka mereka dengan yakin dan selamba badaknya beranggapan kita juga fikirkan perkara yang sama. Sebab itu mereka akan terus buat apa yang mereka suka buat. Habis dibawa semua kereta kenitnya ke meja kita. Bukan sebab degil. 

Egocentrism juga menjadikan kanak-kanak tidak mampu melihat dari pelbagai perspektif. Pemikiran mereka sehala sahaja. Pendek kata, it's all about me! 

Cuba tengok bila mereka (khususnya yang berusia 2-4 tahun) bermain dengan sepupu-sepupunya. Nampak main sekali tetapi sebenarnya mereka dengan dunia masing-masing, cuma berkongsi tempat sahaja. Yang A bercerita tentang rumput, B lazimnya tak reply tetapi akan cerita sungai pula. 

Ia sangat berkait rapat dengan konsep Schema/Skema. InshaAllah saya akan tulis nanti. Ketaatan anak dibentuk dengan kasih sayang dan ia memang mengambil masa yang sangat panjang. Kedegilan anak sebenarnya dibentuk oleh kita. It's a fact! 

Stay tuned, kita sama-sama terus belajar tentang fitrah kanak-kanak. InshaAllah akan lebih mudah untuk kita uruskan mereka dan emosi mereka.

Senarai Kerja Rumah - Ikut Umur Anak

Friday, August 26, 2016

Assalamualaikum.





* Counting the days. haha

Best of Luck :)

Friday, August 19, 2016

Assalamualaikum.

Ilmu pengetahuan yang berguna.


Taken from FB


Set Cadar Sutera 5D

Wednesday, August 17, 2016


Stok baru masuk !!!




























Kod : Set Cadar Sutera 5D



Saiz : Queen dan King
Keterangan : 100% cotton
High quality cotton
1 cadar labuh
2 sarung bantal
1 selimut nipis
Kain best quality
Harga :
RM 230 SM / RM 240 SS




Hasil Seni Rayyan

Monday, August 15, 2016

Assalamualaikum.


Akhirnya, Berjaya juga Rayyan punya hasil seni.
Bolehlah Rayyan. Lama-lama pun boleh buat lagi cantik.

Makin hari makin membesar dengan cepatnya.
T_T

Bila disuruh taknak buat.
Tengok senyap-senyap inilah hasilnya.


Self Reminder

Tolong Pantau Anak Kita

Thursday, August 4, 2016

Assalamualaikum.




Tadi saya sempat bercerita kat isteri tentang kes pedofilia kat Malaysia ni. Isteri saya ni walaupun seorang doktor tapi dia macam tak dapat nak hadam sangat bab kes pedofilia sebab benda ni sebenarnya benda di luar akal logik manusia normal.

Isteri saya ni banyak handle kes hamil anak luar nikah je. Yang hamil tu pulak bukan orang dewasa tapi mostly baru umur 16 dan 17 tahun je. Biasanya budak yang mengandung ni kenal pakwe mereka melalui WeChat. Saya pun tak tahu sangat kenapa WeChat ni jadi tempat mereka bersosial cuma yg saya tahu melalui applikasi WeChat kita boleh berkenalan dengan orang di sekeliling dan yg berdekatan dengan tempat tinggal kita. Jadi saya pesan sangat sangat kat ibu bapa tolong pantau gajet anak anda.

Please!

Baru-baru ni pun viral kisah seorang lelaki Pedofil yg tak dikenali cuba menggoda seorang budak lelaki berumur 10 tahun melalui applikasi kat henset budak tu. Budak nama Aiman ni pulak memang jenis suci tak tahu apa apa. Dia pun layan je la. Yang lelaki ni pula gi mintak gambar bogel budak tu walaupun dah tahu dah yg dia chat tu baru berumur 10 tahun! Siap cakap nak bagi PSP lagi kalau budak tu nak bagi gambar kemaluannya! Alhamdulillah ibunya sedar ada chat pelik kat henset anaknya.

Kes pedofilia camni sebenarnya dah lama ada kat Malaysia cuma mereka yg terlibat ni sangat susah nk dikesan sebab mereka ni pandai menyorok daripada pihak berkuasa. Contohnya kes Richard Huckle hari tu. Dia ni antara Pedofil terdasyat dalam sejarah Britain. Dia pernah masuk ke Malaysia sebagai sukarelawan dan dilaporkan dia dah 'ratah' 200 orang kanak kanak termasuk kanak-kanak kat Malaysia! Mostly mangsanya baru berumur 6 bulan sampai la yang berumur 12 tahun! Gila kan?
Laman web lucah mereka pulak biasanya tak semua orang boleh akses. Hanya orang orang tertentu dari geng mereka je yg boleh masuk ke laman web lucah tu. Sebelum ni kecoh kot satu Malaysia bila gambar anak Harith Iskander dan gambar anak Tomok masuk kat laman web lucah kanak kanak tapi sekarang semua dah kembali diam macam takde apa apa yang berlaku.

Saya ada rahsia nak bagitahu korang ni. Ada cara nak cam orang Pedofil ni. Biasanya seorang pedofil ni sangat pandai menjaga rahsia dia. Biasanya mereka ni sangat kelihatan warak dan baik. Mereka nampak sangat penyayang dengan budak-budak. Selalu belikan gula-gula dan hadiah kat budak-budak dan pandai pujuk rayu mereka. Tanpa kita sedar mungkin mereka sedang menghidap penyakit mental sukakan kanak-kanak yg belum baligh.

Sebab tu sebagai parent kita kena tahu tips ni :
+ Bagitahu anak kita takde siapa boleh sentuh area kemaluan dia walaupun orang terdekat dalam keluarga
+ Biasakan dengar mereka mengadu dan tunjukkan yang kita amik berat dengan aduan mereka walaupun untuk perkara-perkara yg kecil
+ Ajar anak untuk berkata TIDAK jika ada orang lain yg minta mereka buat benda yang aneh dan menyakiti mereka
+ Jangan marah anak jika mereka bertanya perkara yg bagi kita agak lucah kerana ada kemungkinan mereka sedang dipengaruhi oleh Pedofil
+ Jangan ambil ringan kalau anak selalu mengadu sakit di bahagian perut ataupun kemaluan.
+ Jangan post gambar anak kita dalam keadaan berpakaian seksi walaupun mereka masih kanak kanak! Memang ada laman web lucah kanak kanak yg suka cari gmbar kanak kanak yg 'seksi' untuk menjadi bahan tatapan dan perbincangan mereka. Richard Huckle yang saya cerita tadi tu simpan
20 000 gambar kanak-kanak sebagai koleksi!
+ Pastikan henset anak kita jenis yang takde aplikasi instant messanger seperti Whatsapp, WeChat dan lain2. Cukup la dengan sms dan call biasa je.
+ Kalau anak nak pakai juga internet dan apps yg lain pastikan kita dah install apps untuk monitor aktiviti anak kat henset tu. Contoh apps yg korang boleh download kat Google Play atau Apple Store utk mengawasi henset anak korang :
I. Kids Place - Parental Control
II. Abeona - Parental Control & Device Monitor
III. Screen Time Parental Control
IV. Parental Control Board

Saya mohon sangat-sangat korang amalkan tips yg saya bagi kat atas ni sebagai langkah berjaga jaga dengan orang yg ada penyakit pelik ni.Kalau ikut Diagnostic and Statistical Manual of Mental

Disorders (DSM-5) pun pedofilia ni termasuk dalam kategori Paraphilia, sejenis bentuk penyimpangan seksual. Korang jangan pelik ada orang yang berkahwin dengan patung la, ada yang suka skodeng orang la, ada yang suka curi seluar dalam orang la sebab memang semua ni termasuk
dalam kategori Paraphilia tu la. Ya, sejenis penyakit mental!

P/ S : Saya Taufiq Razif mintak sangat ibu bapa kat luar sana untuk sebarkan Talian Kasih 15999 yg diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat. Kalau ada je korang suspek benda jijik ni berlaku, tolong hubungi nombor tu.Mungkin ada beribu lagi kes pedofilia di luar sana yang sedang berlaku tapi mungkin kerana kurang pendedahan dan tak tahu nak mengadu kat siapa akhirnya mangsa dan keluarganya berdiam diri je.

Benda ni boleh je terjadi pada ahli keluarga kita dan anak-anak kita tanpa kita sedar pun sebab kita tak amik berat pun pasal kes pedofilia ni. Korang jangan ingat pedofil ni suka rogol je. Ada jugak yang jenis dera dulu sebelum rogol. Ada jugak yang jenis rogol dulu sebelum bunuh. Jom saling mengingatkan sesama kita.

Bantu saya sebarkan mesej ini pada seluruh rakyat Malaysia ye..insyaAllah saya akan kupas lebih banyak tentang isu yang penting untuk kita semua di post saya yang seterusnya..

Hotel Berjaya Times Square


Assalamualaikum.





Berapa tahun duduk Kuala Lumpur/Klang Valley namun tidak pernah menginap di mana-mana hotel tiada bintang atau berbintang-bintang.

Sebelum ini ada menginap di beberapa hotel sekitar Klang Valley, bilik pun lebih kurang sama sahaja.

Menginap di hotel ini pun sebab ikut suami bekerja luar. haha
Last week.



Ko dah sarat standby sahaja lah. T_T




Lagi best sudah +- 8 tahun tidak pergi ke Times Square Shopping Complex itu.
Totally different dan cantik sekarang. kahkahkah




Anak aku takyah cakaplah. Asal sebut nak stay hotel je. 
Kemain.... Excited....




Info :
1) Jakun sebab bilik cantik. haha. Jenis yang rajin travel memang tak kisahlah.
2) Kualiti kamera kurang berkeyakinan
3) Semak laman sesawang hotel Times Square untuk lebih jelas dan cantik.
4) Mahu shopping sebelah bangunan sahaja
5) Access card kena bawalah. Sana sini kena access.
6) Mat dan Minah Arab banyak juga
7) Banyak rehat sahaja sebab kurang larat.





Tengoklah Rayyan itu...



Ruang menuju ke dapur kecil dan tandas



Ruang dapur



Bath tub kesukaan Rayyan



hahaha











Rayyan punya tempat T_T



Ruang menonton. Dia sudah mulakan aksi..




Bye






 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS