Diari Anak

Memori Umi untuk Anakanda 

Salam.

Coretan ini adalah memori terindah bersama M. Rayyan Sufyan yang dibuat oleh Umi Fariza selagi hayat masih ada. 
Jadi, M. Rayyan Sufyan, anak yang lain dan generasi seterusnya boleh membaca coretan Umi Fariza ini.
M. Rayyan Sufyan, jadi anak yang soleh ya. Umi sentiasa doakan kita sekeluarga menjadi keluarga yang soleh dan solehah :) InsyaAllah.
InsyaAllah, Umi akan kemaskini setiap bulan ^_^
Umi selalu cakap ''I LOVE YOU, YOU LOVE ME, ME AND YOU''.


Kehamilan :
- Alhamdulillah. Umi dan Abi gembira sangat sejak mengetahui kehamilan. Waktu Subuh dan solat berjemaah dengan Abi, Umi menangis kegembiraan T_T. Awak sudah berusia 5 minggu sayang. Abi telah menjaga Umi dengan baik. Jika Umi mahukan sesuatu (yang senang dapat), Abi mesti belikan :) So So sweet kan :) Setiap malam Abi bersembang dengan awak (dalam perut) sampai 9 bulan. Abi itu memang nakal, suka menyakat Umi !

Kelahiran :
- mmi, Abi dan Nenda doakan supaya awak keluar pada bulan Muharram hari Khamis :) Ianya kenyataan sayang. Alhamdulillah :) Perit rasanya bersalin. Apabila Umi ingat semula, wahhhhhhhh T_T. Kelahiran pertama yang tiada pengalaman mengajar Umi segalanya. Hari Khamis, jam 9.30 pagi, seberat 2.54 kg lahir bayi yang sangat comel. :) Umi suka sangat tengok awak selepas lahir. Putih, bibir merah bak delima, rambut terpacak, pandai senyum, tak menangis dan pandai agah Umi. Umi dapat bersama awak petang :( disebabkan oleh kesihatan Umi.

Usia Belum 1 Bulan :
Umi perasan, apabila tiba di rumah, kulit awak gelap. Biarlah orang yang datang cakap awak gelap. Setengah orang faham dan setengah tidak. Pak Long awak check, rupanya kena Jaundis. Patutlah.. Dalam pantang sudah ke hulu dan hilir. Umi sebenarnya sakit tetapi gagahkan juga demi awak. T_T Umi sayang Rayyan. Selepas itu, awak kena bintik-bintik merah, tidak mengapa ianya sekejap sahaja. Lagi satu adalah... rahsia. Tidak cukup tidur, cara berpantang dan lain-lain boleh buatkan stress. hihi. Semua itu menjadikan kita kuat dan tambah pengalaman. Nenda sekeluarga jaga Ummi dengan baik. Alhamdulillah. Awak mudah sangat senyum :) Takut air !!!

1 Bulan :
Kena suntikan sahaja, awak menangis kuat. hihi. Ramai orang datang bagi awak sesuatu. Alhamdulillah. Umi sudah buat stok susu sedikit demi sedikit untuk bekalan awak semasa Umi masuk kerja nanti. Walaupun kuantiti sedikit, harus teruskan jua. Abi, keluarga dan kawan-kawan Umi banyak berikan sokongan :) Buat aqiqah awak sekali dengan Safiyyah Ulfa. Nenek Ayah meninggal pada 21 Januari 2013. Ada cerita disebaliknya. Nanti Umi ceritakan ye. 

2 Bulan :
Sudah pandai keluar air liur. ha3. Meleleh-leleh sayang ye. Umi tidak mengidam apa-apa tahu. Itu adalah perkembangan setiap bayi :) Tengah bulan Umi masuk kerja. Rindunya kat awak. Rasa mahu balik cepat je, tidak mahu pergi kerja, mahu peluk cium awak semua :). Umi pam 4 kali di pejabat. InsyaAllah cukup. Ummi suka senyuman awak. Ruam awak naik lagi-lagi di leher. Asal ada orang dekat dengan awak, mesti tanya macam-macam. Huh..

3 Bulan :
Berat 4.7 kg. Sudah pandai gelak terkekek-kekek. Murah dengan senyuman. Kena suntikan dan menangis kuat. ha3. Sudah pandai mengiring :) Kalau tengok video Alif Baa Taa suka sangat :) 

4 Bulan :
Berat awak sudah 5.5 kg. Sudah pandai meniarap. Buat belon kat mulut. Umi pam susu kais pagi dan petang - pam hari ini untuk kegunaan esok. Stok susu habis. Itu tidak kisah, Ummi kena berusaha supaya susu cukup untuk sehari :) Ummi buat solid food awak sedikit demi sedikit. Sedapnya sayang... Awak pantang nampak makanan dan minuman, meleleh-leleh. ha3

5 Bulan :
Bulan last Nenda jaga awak. Nenda ada beritahu, nenda rindu kalau Rayyan tiada, hi3. Hari bekerja rumah Nenda dan hari cuti di rumah kita. Lagi-lagi Pak Su awak tu, cium je kerjanya. ha3. InsyaAllah taska yang Umi cari sesuai untuk awak. Jaga diri ye sayang. Kali pertama awak sudah menaiki kapal terbang. Alololo.. Comel sangat. Untung awak, bayi lagi sudah jalan jauh. :) Macam Ummi dahulu :). Sudah pandai ketap dan geram mulut. Paling comel buat senaman mulut, kelakar sangat :) Serius, pantang nampak orang makan. 

6 Bulan :
Ummi mula bagi awak solid food hari Sabtu ahad, mahu tengok awak kali pertama makan dengan comel + comot. ha3. Makanan pertama haruskan buahan. Ikut sunah Rasullah s.a.w. Setiap pagi dibekalkan 4 botol susu, 1 kotak kecil frozen food, set makanan bayi dan beg comel pemberian Mak Long Aisyah. Jika susu tidak mencukupi, nanti Ummi lari ke taska. (jauh kalau jalan kaki).

7 Bulan : 
Berat 7.++ kg. Sudah laju maju ke hadapan tetapi belum merangkak. Comel sangat. Satu rumah dijelajah. hahaha. Bulan ini awak kerap demam. Cepat sihat ye. Alhamdulillah Ummi dapat puasa penuh. Dengan niat dan dapat susukan awak walaupun hasil pam sedikit kurang. Alhamdulillah. Ummi percaya apa yang awak makan di nursery itu ok walaupun ada yang Ummi kurang setuju. Tawakal pada Allah sahaja agar semuanya baik-baik. Hurmmm.. 

8 Bulan :
Berat 7.++ kg juga. Tahun ini beraya bertiga :) Comel dengan berbaju sedondon. Raya kedua baru awak sihat sepenuhnya dan tahun ini kami bertiga kurang sihat. hihi. Banyak duit raya dapat kan. hahaha. Alhamdulillah. Perkembangan setiap bayi tidak sama namun kepandaian akan terserlah sendiri. :) Perlahan-lahan tetapi kian aktif. Sudah pandai duduk :) Hujung bulan kami bertiga muntah2 dan lemah badan. Xpelah.

9 Bulan :
Berat 7.7 kg. Pengasuh baru jaga dan harap ok. Melentik-lentik badan kamu dari 8 bulan nak oiii T_T. Awal bulan demam sehari sebelum pergi Johor. Ummi nampak awak boleh berdikari. Makan nak sendiri, sua botol susu nak sendiri, bagus, rajin kemas macamni. ha3. Lajunya mengengsot anak oiii dan belajar duduk sendiri. Tak merangkak pun xpe dan bersihlah baju Rayyan tu kalau mengengsot. Fuhhh. Alhamdulillah tak demam bulan ini :) Sekarang suka sangat panjat ye. Sofa, meja, badan orang, kerusi semua mahu panjat. ABC 123 Umi lekat dalam bilik air. Suka.

10 Bulan :
Berat 8 kg. Makin bijak untuk panjat dan lepas tangan. Umi dan Abi kena aware semua ini, jika tidak jatuhlah. hihihi. Boleh bermain dengan sendiri dan lebih baik ibu bapa main bersama dengan anak :) Kasih sayang. Pandai makan dengan sendiri dan sangatlah pantang kalau orang lain makan. Makin lama di angkat makin letih oiii. hahaha. Pandai nyanyi dan cakap dalam bahasa bayi ye. Comel je dengar bila pandai sebut MA MA TOK NEN DIK KAK DLL. Pandai merangkak dan esoknya demam, hahaha. Demam dekat seminggu dan ini pertama kali demam sekali dengan batuk dan selesema. Kena sedut kahak di PPUM. Terpaksa Nenda temankan sedangkan Umi kerja dan jenis yang memahami xpe, jenis yang tak? Sedih betul organisasi macamni. Jika boleh mahu cari kerja lain.
ASAL ANAK DAH PANDAI MAKAN, SEMUA NAK SUMBAT, SAKIT JIWA UMI DIBUATNYA.. YA ALLAH.. ANAK SAKIT KARANG UMI YG JAGA, BUKAN ORANG LAIN KAN. (Saja CAPS LOCK).

11 Bulan :
Berat sudah 10kg. Selepas demam tumbuh 2 gigi pula, comel sangat gigi. hahaha. Cepat sangat besar kenapa? T_T. Sekarang tengah belajar berdiri dan jalan pegang-pegang. Rajin kemas rumah ye. Ini yang Umi dan Abi sayang lebih :D. Umi dan kawan-kawan tengah plan mahu buat perancangan majlis hari kelahiran nanti ramai-ramai. Happening nya :) Excited macam nak kawin :) So, Umi dan Abi dah beli hadiah awal-awal untuk awak. hihihi

12 Bulan :
Waktu minggu yang sibuk dan ada sahaja keluar sana sini. Sekarang sedang belajar berdiri sendiri. Comel sangat anak Umi. Belajar perlahan-lahan ye nak. Manja sangat dengan Umi. Umi rasa mahu duduk rumah sahaja jaga Rayyan. hihihii. Kalau makan kemain semangat.Selain itu, belajar bertateh juga. haha. Cepat-cepat jalan ye nak. Alhamdulillah cucuk 12 bulan tidak demam. :) Menjerit nyaringnya. Pandai nyanyi lagu YA HANANA :) Gigi sudah tumbuh 3.

13 Bulan :
Berat 8.5 kg. Turun berat kan. Demam, batuk, selesema dan kahak pada hari mahu bercuti di PD. Gigi sudah tumbuh 4 batang. Comellah tu. haha. Aktiviti memanjat dan menurun giat aktif. Katil, sofa, kerusi semua panjat ye. Pandai ikut Abi solat, belajar sedikit demi sedikit ye.

14 Bulan :
Alhamdulillah pandai tateh. Comel sangat. hihi. Sebut perkataan mana yang tahu sahaja.

15 Bulan :
Alhamdulillah. Sudah pandai jalan :) Senangnya Ummi nanti. insyaAllah masih menyusu anak hingga kini. Rezeki. Bulan Mac yang begitu sibuk. Yeay.. Dapar hadiah dari Atuk dan Nenek :) Pandai pilih makanan.
Suka makan pasta dan spagethi.

16 Bulan :
Perkembangan baik-baik sahaja. Sudah pandai cakap sikit-sikit :)

19 Bulan : 
Alhamdulillah makin banyak akal. Pandai cakap sikit2 sahaja. Go on Rayyan.

20-24 Bulan : 
Cerita terkendala. hahaha.
Apa-apa pun jadi anak yang soleh, berakhlak mulia, solat xmau tinggal, hormati kedua ibu bapa, belajar dengan baik.













No comments:

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS